Tawaran menarik mampu membawa Memphis Depay ke Emirates.

Arsenal terus dikatakan pasukan yang menaruh minat tinggi terhadap penyerang dan bersedia untuk menandatangani, tawaran menarik boleh menyaksikan perpindahan berlaku.

Menjelang akhir Mei, Sport melaporkan bahawa Arsenal telah bertanyakan mengenai Memphis Depay dari Barcelona.

Penyerang berusia 28 tahun itu menyertai pasukan La Liga dalam perpindahan percuma pada musim panas lalu dan bermain di Camp Nou.

Walaupun bermula dengan baik, namun Depay bagaikan hilang bisa dan kurang menonjol pada separuh kedua musim ini akibat kecederaan yang dialaminya.

Itu juga ditambah dengan Barcelona turut membuat penambahbaikan pada bahagian serangan mereka yang dibuat pada Januari apabila membawa masuk Pierre-Emerick Aubameyang dari Arsenal secara percuma.

Musim lalu, Depay hanya berjaya menjaringkan 13 gol dan dua bantuan daripada 38 perlawanan bersama gergasi Sepanyol itu, untuk kesemua pertandingan.

Perpindahan Aubameyang ke Barcelona penuh dengan kontroversi.

Barca dilaporkan sedang berusaha untuk menguatkan lagi jentera serangan mereka pada musim panas ini, walaupun bekas pemain Lyon itu mahu terus kekal bersama mereka.

BACA: Morata berada dalam senarai Barcelona.

Menurut Sport, Blaugrana akhirnya boleh memilih untuk menjualnya sekiranya ada tawaran menarik yang sesuai dengan semua pihak. 

Pada ketika ini, Xavi Hernandez dilaporkan sedang berusaha untuk menandatangani bintang Bayern Munich, Robert Lewandowski dan Raphinha dari Leeds United.

Jika kedua-duanya berakhir di Barca, maka pihak Catalan itu perlu melepaskan beberapa penyerang sedia ada mereka. 

Dan dengan kemasukkan dua penyerang baharu itu, Depay pastinya akan mendapati dirinya berada dalam situasi sukar untuk mempunyai minit permainan yang kerap musim depan.

Pada masa ini, gergasi Sepanyol itu tidak berkata apa-apa, masih belum memaklumkan mengenai hasrat mereka itu kepada ejen pemain Belanda tersebut.

Mereka boleh membuka pintu untuknya dan itu juga bergantung kepada bagaimana pasaran perpindahan musim panas ini berkembang. 

Sport menyatakan terdapat beberapa kelab berminat dengannya, terutamanya Arsenal.

Depay mahu meneruskan musimnya bersama Barcelona, ​​tetapi pada masa yang sama, juga ingin mengetahui mengenai peranan yang akan digalasnya di bawah Xavi musim depan. 

Dia perlu mempunyai masa permainan yang mencukupi dan kerap beraksi bagi menjamin tempatnya untuk mewakili Belanda di Piala Dunia Qatar.

Arsenal bagaiamanapun, boleh melakukan perjanjian pada musim panas ini sekiranya mereka membuat tawaran yang boleh meyakinkan kedua-dua pihak iaitu Barca, mengenai nilai dan harga perpindahan serta Depay, mengenai minit permainan dan peranan yang akan mainkannya di Emirates.

Post a Comment

Previous Post Next Post