Arsenal masih belum berjaya meyakinkan penyerang untuk berpindah ke Emirates pada musim panas ini.
Walaupun dilaporkan sangat hampir untuk mendapatkan Gabriel Jesus dari Manchester City, namun Arsenal terus dikaitkan juga dengan penyerang lain.
Itu mungkin sebagai persediaan The Gunners ataupun alternatif lain sekiranya perkara tersebut tidak berjalan lancar atau perpindahan pemain Brazil itu masih mempunyai beberapa halangan yang terpaksa dilalui sebelum ia selesai.
Walau apa pun, Alvaro Morata terus dinamakan sebagai pemain yang sedang diburu Arsenal untuk mengukuhkan jentera serangan mereka musim depan.
Morata terus dikaitkan dengan perpindahan ke Emiratase walaupun Arsenal hampir menandatangani Jesus dari Man City. |
Walaupun Arsenal tidak menghadapi terlalu banyak tentangan daripada Atletico Madrid apabila ia melibatkan penjualan, namun perkara yang sama tidak boleh dikatakan terhadap pemain itu.
Itu kerana tempoh terakhirnya dalam Liga Perdana Inggeris, ketika dia bersama Chelsea, perkara tidaklah berjalan lancar malah ia hampir menjadi teruk.
Pemain Sepanyol itu nyata bergelut untuk menyesuaikan diri di England, makanan, cuaca dan semuanya termasuklah corak permainan Liga Perdana Inggeris.
Inilah sebabnya mengapa terdapat beberapa tentangan daripada pihak Morata, walaupun dengan rakan senegara dari Sepanyol sebagai pengurus berpotensi, mampu ianya bukanlah satu kelebihan dalam menentukan perpindahannya ke Arsenal.
Itulah yang dilaporkan oleh Corriere dello Sport pada hari ini, menjelaskan bahawa walaupun Juventus tidak melakukan perkara yang sepatutnya untuk menggembirakan Atletico Madrid, Arsenal juga masih belum berjaya meyakinkan penyerang itu mengenai perpindahan tersebut.
Tangkap layar laporan Corriere dello Sport. |
Dalam pada itu, The Gunners kini kelihatan cuba mengalihkan sasaran mereka ke tempat lain, tetapi laporan tersebut mengatakan bahawa pihak Edu masih mencuba, sekiranya mereka boleh membuatnya berubah fikiran.
Apa yang kelihatan pasti ialah untuk Atletico menerima penjualan yang mana ianya bukanlah sebagaimana klausa €35 juta dalam kontrak pinjaman Morata ke Juventus, sebarang tawaran perlulah berada sekitar €26-27 juta.
Mana-mana tawaran yang lebih rendah daripada itu dianggap tidak akan mencukupi untuk membuatkan Atletico membuka pintu rundingan.
Itulah wang yang mungkin dimiliki Arsenal dan, dengan Mikel Arteta telah kehilangan Alexandre Lacazette secara percuma serta jurang besar yang masih wujud daripada pemergian Pierre-Emerick Aubameyang dibahagian serangan, mendapatkan kedua-dua penyerang - Morata dan Jesus boleh menjadi langkah yang tepat.
Tambahan pula, Arsenal bakal memiliki lebih banyak aksi bolasepak selepas layak beraksi di Liga Europa, berbanding musim ini.
Eddie Nketiah pula, masih belum memberikan kata putus yang pasti mengenai masa depannya di Emirates dan setakat ini, dia masih belum menandatangani pembaharuan kontrak walaupun dikatakan begitu hampir.
Gabriel Jesus dilaporkan telah bersetuju dengan terma peribadi bersama Arsenal untuk berpindah ke Emirates musim panas ini. |