Jalan berliku Lukaku untuk berpindah.

Pemain perlu memujuk Chelsea untuk meluluskan perpindahan walaupun bersedia untuk mengambil pemotongan gaji.

Romelu Lukaku perlu mencari jalan untuk melepaskan dirinya daripada Chelsea jika dia mahu kembali ke Inter Milan pada musim panas ini.

Demikian menurut Gazzetta dello Sport, yang membuat liputan mengenai masa depan pemain Belgium itu dan mengatakan pemain itu hanya memikirkan untuk kembali ke bekas kelabnya, Inter Milan.

Mereka menjelaskan bahawa walaupun tiada jalan mudah untuk pemain itu berpindah kerana urusan dokumen yang rumit, namun peluang masih terbuka.

Ini bermakna dia masih boleh kembali ke Inter pada musim panas ini, tetapi itu sangat bergantung kepada keupayaan penyerang itu untuk memaksakan Chelsea melepaskannya dan menyatakan kehendak yang diingininya mengenai masa depannya.

Pun begitu, Chelsea sangat jelas dimana mereka menentang sebarang pemberian diskaun kepada rakan sejawatannya dari Itali.

Disebabkan inilah senario dan kemungkinan perpindahan baharu telah timbul, dengan Lukaku telah dikaitkan perpindahan ke kelab di Inggeris, Sepanyol dan Jerman, yang semuanya muncul secara tiba-tiba.

Tangkap layar laporan Gazzetta dello Sport.

Salah seorang daripada mereka yang telah dikaitkan adalah Tottenham, tetapi untuk itu berlaku terlalu 'banyak simpulan' perlu dirungkai, termasuk Chelsea dan Spurs mencari jalan mereka melangkaui hubungan konflik.

Inter akan kekal dalam pemburuan, tetapi situasi kewangan kelab jelas sukar untuk mereka dengan Chelsea tidak akan mengalah dalam pendirian mereka (tidak akan mengurangkan yuran perpindahan).

Mereka kini menuntut bayaran pinjaman €25 juta dengan kewajipan untuk membeli pada akhir musim pada harga yang ditetapkan sebanyak €75 juta, jumlah yang besar untuk Inter bayar, walaupun Lukaku sanggup mengurangkan gajinya, iaitu €15 juta setahun ditambah bonus.

Lukaku dilaporkan berpuas hati untuk melakukan pemotongan gaji demi untuk kembali ke Milan tetapi dia terlebih dahulu perlu membuat perjanjian dengan dan memujuk Chelsea bagi mengembirakan semua pihak yang terlibat.

Post a Comment

Previous Post Next Post