"Dia berkemungkinan akan berpindah ke Arsenal" – Perpindahan ke Emirates dibincangkan dengan pemain bermotivasi dan dijangka berjaya.
Gabriel Jesus dari Manchester City berkemungkinan berpindah ke Arsenal musim panas ini walaupun ada minat dari tempat lain.
Demikian menurut wartawan Rodrigo Oliveira, yang telah menyokong pemain Brazil itu untuk menjadi bintang ternama dan mencipta impak besar di Emirates, jika dia melakukan langkah itu.
Jesus akan mendapati dirinya tidak lagi menjadi pilihan dan kedudukannya di Manchester City musim depan pastinya tergugat dengan ketibaan Erling Haaland dari Borussia Dortmund.
Haaland pastinya akan menjadi pilihan utama yang tidak boleh dipertikaikan di bawah Pep Guardiola dan ini bermakna Jesus menghadapi prospek kurang minit permainan daripada apa yang dimiliki ketika ini (musim ini).
Kehadiran Erling Haaland di Manchester City pasti mengurangkan aksi Gabriel Jesus. |
Perpindahan tersebut telah diperkatakan selama beberapa minggu kebelakangan ini dengan Arsenal dianggap berminat terhadap pemain Brazil itu, ketika mereka ingin meningkatkan barisan penyerang The Gunners pada musim panas ini.
Arsenal perlu mencari pengganti kepada Alexandre Lacazette dan Pierre Emerick Aubameyang, dan Jesus dilihat sebagai calon yang sesuai dengan perancangan The Gunners ketika ini di mana mereka menyasarkan pemain muda di bawah Mikel Arteta.
Arteta jelas mengenali pemain itu sejak zamannya sebagai pembantu Guardiola dan itu pastinya menyenangkan urusannya dalam merangka perancangan baharu musim depan.
Arsenal terdesak untuk mencari penyerang berpengalaman menggantikan Aubameyang dan Lacazette. |
Satu langkah boleh masuk akal untuk semua pihak dan menurut Oliveira, ia sudah berada dalam perancangan.
"Dia akan menjadi penyerang yang sempurna; bagi saya, itu satu ya besar (untuk Juventus)," katanya kepada Tutto Juve.
"Dia bermain dengan sangat baik di City dan hanya akan meninggalkan kelab kerana, dengan kedatangan Haaland, sukar baginya untuk mendapatkan minit yang sesuai.
"Dia berada dalam masa yang baik; dia bermotivasi dan mahu memulihkan tempat permulaannya untuk Brazil.
"Jadi jika dia datang ke Juventus, kelab Itali itu akan memperolehi penyerang tengah yang hebat.
"Tetapi seperti yang kita tahu di Brazil, dia berkemungkinan akan berpindah ke Arsenal."