Arsenal sanggup membuat tawaran namun masih belum mencukupi.

Arsenal nampaknya sanggup melepasi ambang €50 juta untuk pemain dan mungkin juga menghampiri €60 juta.

Walaupun kebanyakan cerita tentang Sergej Milinkovic-Savic adalah mengenai minat Manchester United, namun hari ini kami bawakan kisah ini dengan Arsenal.

Perkara ini datang daripada Corriere dello Sport pada hari Jumaat, yang menjelaskan situasi di sekeliling pemain Serbia itu, yang mahu berpindah tetapi hanya untuk kelab yang tepat.

Bukan itu sahaja, malah Lazio juga mahu menjual pemain itu pada harga yang sesuai, tetapi permintaan mereka bukanlah kaleng-kaleng apabila menuntut antara €70-100 juta.

Nilai yang dianggap terlalu tinggi untuk pemain berusia 27 tahun yang mana kontraknya akan tamat dalam tempoh dua tahun lagi.

Kontrak Sergej Milinkovic-Savic bersama Lazio akan berakhir pada Jun 2024.

Pun begitu, harga minimum untuk mendekati pemain Lazio itu dan untuk Claudio Lotito (Presiden Lazio) sedia membuka rundingan, dikatakan bermula pada €65 juta, yang merupakan bayaran maksimum yang dirasakan berpatutan oleh kebanyakkan pihak yang berminat.

Bagaimanapun, setakat ini tawaran yang mungkin dan sanggup dikemukakan adalah tidak melebihi €50 juta, dan ini adalah angka yang tidak mahu didengari oleh Lotito.

Selain itu dia juga hanya mahukan wang tunai tanpa pertukaran ataupun pemain dimasukkan dalam urusan pembelian itu.

Bagi siapa yang mampu membelinya, Ten Hag dan Manchester United adalah paling masuk akal.

Manchester United sudah lama meminati pemain tengah Lazio, Sergej Milinkovic-Savic.

Perkara itu dilihat sebagai tiada penyelesaian lain dalam Liga Perdana Inggeris melainkan Sergej memutuskan untuk menerima tawaran Arsenal atau Newcastle, yang pada masa ini dia nampaknya sudah berkata tidak.

Malah, Arsenal telah mencuba pada masa lalu dan pulang dengan tangan kosong, tetapi hakikat bahawa The Gunners tidak berada dalam Liga Juara-Juara mungkin menjadi masalah.

Namun, Arsenal nampaknya bersedia untuk melepasi had €50 juta dan mungkin menghampiri €60 juta, tetapi itu, seperti yang dinyatakan di atas, mungkin tidak mencukupi.

Apa yang boleh dikatakan, kita masih berada di permulaan jendela perpindahan dan banyak postur sedang berlaku, tetapi jika Lotito mahu melepaskan Sergej Milinkovic-Savic pada jendela musim panas ini, dia harus mula memikirkan semula tuntutannya.

Post a Comment

Previous Post Next Post