Arsenal telah memasuki perlumbaan untuk pemain antarabangsa Argentina dengan kelab sedia untuk menjual sekitar €20 juta.
Selepas percubaan untuk menandatangani Dusan Vlahovic pada jendela Januari berakhir dengan kekecewaan, kisah duka Arsenal diteruskan lagi dengan pemergian kontoversi Pierre-Emerick Aubameyang ke Barcelona pada bulan yang sama.
Dan kisah duka The Gunners berterusan apabila Alexandre Lacazette juga meninggalkan Emirates secara percuma baru-baru ini.
Dengan kedua-dua pemain tersebut meninggalkan Arsenal dan kegagalan untuk menandatangani penyerang baharu, itu bermakna terdapat ruang kosong yang perlu diisi dengan segera oleh The Gunners.
Perkembangan itu juga menyaksikan bahawa penyerang baharu adalah keutamaan besar di Emirates pada musim panas ini, maka tidak mengejutkan apabila banyak nama dikaitkan dengan perpindahan ke London.
Antara yang menjadi sebutan ketika ini adalah Victor Osimhen yang mana harganya terlalu mahal, begitu juga dengan Gianluca Scamacca yang semakin meningkat, namun nilai perpindahannya juga tidaklah begitu murah jika dibandingkan dengan statusnya ketika ini.
Walaupun penyerang Manchester City, Gabriel Jesus dilaporkan hampir pasti menyertai Arsenal, namun itu tidak menghalang media daripada melaporkan kisah pemburuan penyerang baharu The Gunners.
Nama terbaru yang keluar dari Itali adalah jauh lebih murah dan masih produktif, jika dibandingkan dengan Osimhen dan Scamacca.
Tawaran pertama Arsenal untuk mendapatkan Gianluca Scamacca, ditolak. |
Pemain itu ialah Giovanni Simeone, yang menjadi perhatian Arsenal, menurut TuttoMercatoWeb.
Laman web Itali mempunyai artikel pada petang Jumaat yang menjelaskan The Gunners telah memasuki perlumbaan untuk menandatangani pemain antarabangsa Argentina itu, yang harus ditebus oleh Hellas Verona dari Cagliari pada nilai lebih €10 juta sebelum dijual semula kepada pembida tertinggi.
Walaupun kelab seperti Juventus telah mengambil beberapa langkah, namun mereka juga bakal menerima saingan dari kelab Sepanyol dan Jerman, manakala pasukan Liga Perdana Inggeris lain, seperti West Ham dan Newcastle, juga telah dikaitkan pada masa lalu
Apa-apapun, dia sememangnya telah ditakdirkan untuk membantu Hellas Verona membuat lebih banyak wang pada musim panas ini dan terdapat kepercayaan bahawa Simeone akan berpindah menyertai pasukan besar Itali atau luar, dan dijangkakan ianya menelan belanja sekitar €20 juta.
Lazio, pada satu ketika turut meminati Giovanni Simeone, yang ketika itu bersama Fiorentina. |
Sekarang, kita perlu menunggu dan mengetahui sama ada Arsenal bersedia atau tidak untuk membuat tawaran bagi menandatangani Simeone, pemain yang mempunyai banyak ciri untuk berjaya dalam Liga Perdana Inggeris dan telah menjaringkan 17 gol dalam 36 perlawanan Serie A musim lalu.