Bellerin telah membuat keputusan dan mahu perjanjian diselesaikan.

Pemain Arsenal menunggu dengan sabar untuk berpindah setelah memutuskan di manakah masa depannya akan berakhir dan mahu perjanjian diselesaikan.

Kepulangan Hector Bellerin ke Arsenal terus disusuli dengan drama besar daripada media Sepanyol.

Berikutan tempoh pinjaman pemain pertahanan sayap itu di Real Betis, kelab itu masih belum dapat menandatanganinya secara kekal daripada The Gunners kerana kesukaran mereka membayar yuran perpindahannya.

Jadi seperti yang dilaporkan oleh Marca, walaupun beberapa pihak telah menunjukkan minat mereka untuk menandatanganinya sejak beberapa minggu lalu, namun Bellerin masih tegas dengan keputusan untuk meneruskan hasratnya kembali ke Betis.

Walaupun jendela perpindahan musim panas itu panjang, pun begitu, tiada apa yang boleh dilakukan oleh pemain berusia 27 tahun itu buat masa ini. 

Jadi dia terpaksa redha dengan keputusan 'sementara ini' dan terus bekerja di bawah Mikel Arteta untuk aksi dan persedian pramusim Arsenal.

Pemain itu tahu dia harus bersabar dan memberi masa untuk kelab Sepanyol itu mencuba dan mencari penyelesaian.

Difahamkan bahawa Arsenal tidak mengharapkan khidmat daripada Bellerin untuk musim depan, tetapi mereka tidak akan memudahkan dia keluar. 

Itulah sebabnya Betis bergelut untuk mencari bayaran selain mengharapkan Bellerin menerima potongan gaji yang besar.

Pihak lain yang berminat untuk menandatanganinya tidak dinamakan oleh Marca, yang menjelaskan bahawa Bellerin hanya mempunyai satu pihak sahaja dalam fikirannya dan itu ialah Real Betis.

Post a Comment

Previous Post Next Post