Chelsea ‘menunggu ya’ daripada pemain untuk mengesahkan pembelian.

Ejen kepada Raphinha terus digoda The Blues, syarat yang jelas telah dinyatakan pemain untuk perpindahan dilakukan.

Barcelona sedang bergelut dengan Chelsea untuk mendapatkan bintang Leeds United, Raphinha

Awal minggu ini, laporan menunjukkan The Blues telah mengambil langkah dalam mendapatkan khidmat pemain sayap itu.

Pada 29 Jun, wartawan Gerard Romero menyatakan Chelsea mempunyai perjanjian dengan Leeds mengenai yuran perpindahan, tetapi masih belum meyakinkan pemain berusia 25 tahun itu.

Itu memberi harapan kepada kelab Catalan tersebut kerana Romero menyatakan Barca masih berpeluang dalam perlumbaan untuk mendapatkan Raphinha.

Perjanjian Chelsea dengan Leeds untuk perpindahan itu disokong di Brazil oleh UOL Esporte, yang menyatakan kedua-dua pasukan Liga Perdana Inggeris itu telah bersetuju dengan perjanjian sekitar £55-60 juta.

Bagaimanpaun pihak Thomas Tuchel kini sedang 'menunggu ya' daripada bekas pemain Rennes itu untuk memuktamadkan perjanjian tersebut.

Itu, buat masa ini, tidak berlaku, kerana dia telah meminta ejennya, Deco, untuk membuat percubaan terakhir bagi mendapatkan perjanjian dengan pihak Xavi Hernandez.

Oleh itu, Deco membuat lawatan ke Barcelona untuk mencari penyelesaian dengan pihak La Liga.

Pemain itu mempunyai perjanjian lisan dengan Blaugrana untuk perjanjian selama lima tahun.

Dengan Chelsea sedang menunggu 'ya' daripada Raphinha untuk mengesahkan pembelian, pemain sayap itu pula telah memberitahu ejennya untuk melakukan usaha terakhir untuk membawanya ke Camp Nou.

Walaupun pilihan pemain Leeds itu adalah untuk menyertai Barcelona, ​​dia bagaimanapun telah memberikan syarat yang jelas (bagaikan amaran terakhir) kepada mereka. 

Jika dia gagal menyertai pasukan Xavi, maka ada peluang besar pemain Amerika Selatan itu boleh berakhir di Stamford Bridge pada musim panas ini.

Mundo Deportivo menyatakan Deco, yang tergoda oleh Chelsea, bertemu dengan pemimpin tertinggi Barca di pejabat kelab tersebut semalam, untuk mendapatkan penjelasan sama ada mereka boleh melakukan tawaran untuk kliennya atau tidak.

Raphinha juga mahukan penjelasan sama ada pasukan Xavi akan dapat bersaing dengan The Blues untuk mendapatkan tandatangannya.

Gergasi Sepanyol itu jelas, bahawa mereka hanya mempunyai ruang untuknya atau Ousmane Dembele dimana kontrak pemain Perancis berusia 25 tahun itu akan berakhir hari ini dan tidak jelas apakah rancangannya yang seterusnya.

Beberapa jam berikutnya adalah penentu untuk mengetahui masa depan pemain Leeds itu, pasukan manakah yang akhrnya berjaya memilikinya.

Post a Comment

Previous Post Next Post