Butiran tawaran Arsenal bersetuju dengan bayaran £45 juta untuk Gabriel Jesus.

Arsenal telah bersetuju dengan bayaran £45 juta untuk menandatangani Gabriel Jesus dari Manchester City selepas kejayaan dalam perbincangan pada hari Jumaat.

Awal minggu ini, David Ornstein telah bersuara menafikan bahawa Arsenal telah mencapai persetujuan untuk menandatangani Gabriel Jesus dari Manchester City, tetapi perkara itu berubah pada hari Jumaat.

Bercakap kepada HaytersTV, Ornstein mendakwa bahawa, walaupun Arsenal masih menjadi destinasi yang paling bermungkinan buat Jesus, namun perjanjian itu masih belum dimuktamadkan.

The Gunners masih perlu menyelesaikan beberapa perkara dengan segera untuk menrealisasikan perkara tersebut.

"Gabriel Jesus adalah sasaran utama Arsenal untuk jendela perpindahan ini," kata Ornstein. 

"Mereka melakukan segala yang mereka mampu untuk menandatanganinya dan menyelesaikannya secepat mungkin kerana Mikel Arteta mahu membina bahagian serangan di sekelilingnya.

"Tetapi seperti yang berlaku, tiada persetujuan dicapai antara kelab.

"Arsenal perlu mencapai angka yang Manchester City sedia untuk menerima dan membuatkan mereka selesa dengan nilai itu (penilaian).

Bagaimanapun pada petang Jumaat, Mike Keegan dari Daily Mail melaporkan bahawa perjanjian telah hampir selesai dan Chris Wheatley menambah bahawa perjanjian dengan bayaran akhir sekitar £45 juta semakin hampir.

Fabrizio Romano kemudian melaporkan bahawa Arsenal dan City telah mencapai persetujuan lisan untuk Jesus dalam pertemuan terbaru.

David Ornstein dari The Athletic mengesahkan bahawa perjanjian itu kini telah dibuat, dengan hanya beberapa elemen perlu dimuktamadkan.

Ornstein menambah bahawa Jesus adalah sasaran pilihan utama Arsenal dan mereka  menandatanganinya di tengah-tengah minat daripada Spurs dan Chelsea.

Laporan Goal pula menyatakan bahawa usaha Arsenal telah terbantut dalam perbincangan dengan City selama beberapa minggu, tetapi mereka akhirnya mencapai persetujuan pada hari Jumaat.

Dan harapannya ialah, perjanjian itu akan dimuktamadkan dalam beberapa hari akan datang.

Sky Sports mendakwa Arsenal telah bekerja hampir enam bulan dengan ejen Jesus untuk memastikan mereka menjadi pilihan untuk tandatangannya musim panas ini.

Itu bagi memastikan bahawa syarat peribadi tidak akan menjadi satu masalah, walaupun ia masih belum dimuktamadkan.

Sky menulis bahawa Jesus mahu bersatu semula dengan Mikel Arteta, manakala Wheatley menambah bahawa Edu telah mengadakan perbincangan penting untuk memastikan penyerang itu memainkan peranan permulaan yang tetap di Emirates.

Fabrizio Romano menambah pada pagi Sabtu bahawa Edu sedang bekerja pada hujung minggu untuk memuktamadkan syarat peribadi bagi perjanjian lima tahun.

Goal mencadangkan Arsenal kini akan cuba memuktamadkan perjanjian itu dengan segera supaya Jesus boleh menyertai jelajah Amerika Syarikat bersama skuad Mikel Arteta.

Arsenal dijadualkan akan memulakan persiapan pra musim minggu depan sebelum berlepas ke Jerman dan jelajah Amerika Syarikat Julai nanti.

Bagaimanapun, tidak mungkin Jesus akan terlibat dalam perjalanan ke Jerman untuk perlawanan persahabatan Arsenal yang dijadualkan bertemu FC Nurnburg, memandangkan masa terlalu singkat.

Tetapi apa yang berlaku, segala-galanya menuju kepada kesimpulan yang positif untuk akhirnya, kita melihat Jesus menyarung jersi Arsenal di atas padang selepas itu. 

Post a Comment

Previous Post Next Post