Leeds United sedang mengejar pemain penyerang dan sayap baharu kerana mereka nampaknya ingin menggantikan Raphinha yang dikaitkan dengan Arsenal.
Dengan Arsenal mengejar pemain sayap Leeds United, Raphinha pada musim panas ini, terdapat tanda-tanda positif untuk perjanjian itu akan dimeterai tidak lama lagi.
Ini kerana terdapat laporan mengatakan bahawa Leeds kini sedang menyasarkan beberapa pemain lain yang berpontensi untuk mengisi kekosongan tersebut.
Athletic melaporkan bahawa Leeds sedang mengejar pemain Club Bruges, Charles de Ketelaere selain seorang lagi pemain sayap.
Pemain tengah dan sayap Belgium, Charles de Ketelaere menjadi sasaran perpindahan Leeds United. |
Otavio dari Porto juga dilaporkan menjadi sasaran Leed United dengan wartawan, Pedro Sepulveda mengesahkan dakwaan daripada O Jogo bahawa Leeds telah menolak tawaran €30 juta.
Porto dilaporkan sedang mencari €60 juta untuk mereka melepaskan pemain tersebut.
Kemudian Leeds juga mensasarkan Cody Gakpo dengan Fabrizio Romano melaporkan bahawa pemain sayap PSV Eindhoven itu juga berada dalam senarai The Whites.
Jelas sekali, usaha Leeds itu dilihat sedang bersiap-sedia untuk pemergian Raphinha dengan Arsenal mengetuai perlumbaan untuk mendapatkan pemain berusia 25 tahun itu.
❗️É completamente falso que o @AVFCOfficial tenha feito uma proposta pelo Otávio. O @FCPorto rejeitou sim, esta quarta-feira, uma proposta de 30 milhões € do @LUFC . #FCPorto só vende Otávio pela cláusula de rescisão que ao dia de hoje não são 60 milhões... 🐉 pic.twitter.com/hiyANAbfjs
— Pedro Sepúlveda (@pedromsepulveda) June 22, 2022
Matteo Moretto dan Toni Juanmarti melaporkan bahawa Arsenal dan Leeds United sedang berbincang berhubung perjanjian tetap untuk Raphinha.
Kedua-dua kelab itu difahamkan telah mencapai kemajuan dalam perbincangan tersebut dan menghampiri perjanjian.
Tetapi masih mereka belum melengkapkan lagi perkara terakhir untuk menrealisasikan perpindahan itu.
Seperti yang berlaku, Moretto menulis bahawa Arsenal berada di kedudukan paling atas untuk pembelian itu.
David Ornstein melaporkan untuk The Athletic bahawa Arsenal bersedia untuk meningkatkan usaha mereka untuk menandatangani Raphinha minggu depan.
Terdapat perbincangan lanjut yang dijadualkan dengan wakil pemain dan ketika ini, Arsenal sememangnya menjadi pilihan untuk melengkapkan pembelian itu.