Ejen akan tiba di Eropah dalam beberapa jam akan datang untuk bertemu.

Arsenal mendahului dalam perebutan untuk menandatangani dengan ejen pemain akan tiba di Eropah dalam beberapa jam akan datang.

Pernah dikatakan ia sudah berada di peringkat akhir, namun perpindahan yang membawa Gabriel Jesus dari Manchester City ke Arsenal masih tidak berlaku dan ianya agak terbantut.

Sama ada rehat antarabangsa atau perpindahan Erling Haaland ada kaitan dengan itu semua, ia masih belum dapat dilihat, tetapi masa yang berlalu telah membolehkan kelab lain muncul semula, seperti Juventus.

Dua laporan mengenai perkara itu telah muncul pada hari Selasa, dengan kedua-duanya melaporkan kisah pasukan Serie A dan keinginan mereka untuk menandatangani pemain Brazil itu, sekaligus cuba 'merampas' Jesus dari Arsenal.

Rai Sport, sebagaimana disampaikan oleh Calciomercato.it, mendakwa nama penyerang itu muncul semula dengan kuat dari perspektif Juventus kerana terdapat hubungan baharu dalam beberapa hari lepas, lebih daripada satu kali perjumpaan telah diadakan bersama wakil pemain itu.

Mereka menambah, ada minat dari Arsenal dengan Milan juga tampil untuk bertanyakan tentang pemain Manchester City itu.

Masa depan Jesus bersama City menjadi tanda tanya selepas kehadiran Erling Haaland.

Walau bagaimanapun, kepercayaan adalah bahawa Juventus memotong barisan dan berada di hadapan timbul kerana gaji pemain itu adalah selaras dengan parameter yang ditetapkan Juventus.

Tambah lagi kepelbagaiannya (posisi) dan dia adalah jenis pemain bolasepak yang Max Allegri suka untuk berada dalam skuadnya, menjadikannya senjata yang sangat penting untuk pasukan Old Lady.

Walau bagaimanapun, kami mengatakan terdapat dua laporan dengan yang kedua datang dari wartawan Marco Giordano yang menulis untuk Calciomercato.it, melaporkan bahawa ejen Gabriel Jesus, Marcello Pettinati, akan tiba di Eropah dalam beberapa jam akan datang, dengan London menjadi destinasi wajib untuk dia berhenti (singgah).

Ia menjelaskan Arsenal kekal di hadapan kerana The Gunners mempunyai kelebihan dari segi kewangan, memandangkan pemain Manchester City itu mahukan €10 juta setahun (gaji).

Walaupun setakat ini masih belum mempunyai sebarang perjanjian dengan The Gunners, kelab London itu dilaporkan masih boleh menandatangani pemain itu.

Bagaimanapun, ia juga menunjukkan bahawa terdapat kemungkinan kukuh bahawa Pettinati juga akan bertemu dengan Juventus, walaupun belum ada apa-apa dalam agenda.

Dia menyedari minat daripada pasukan Serie A dan melihat sebagai projek yang menarik, tetapi pasukan Serie A itu tidak mahu/mampu membayar gaji Jesus melebihi €8 juta setahun.

Nilai ataupun angka itu dilihat sebagai had baharu mereka dimana ianya akan dilakukan kepada Paul Pogba, sekiranya pemain itu menerima dan menandatangani kontrak bersama mereka.

Paul Pogba dilaporkan semakin hampir untuk kembali menyertai Juventus.

Ini secara langsung bercanggah dengan apa yang dilaporkan Rai Sport, tetapi ia lebih masuk akal.

Bagaimanapun, jika Juventus memutuskan untuk meningkatkan had itu lebih tinggi, maka mereka mungkin mempunyai peluang untuk menyailang Jesus dari Arsenal.

Post a Comment

Previous Post Next Post