Pemain muda Arsenal terpaksa ditenangkan oleh pihak lawan dan rakan sepasukan.

Penampilan sulung pemain muda Arsenal bersama pasukan kebangsaan Mexico terpaksa ditenangkan oleh rakan sepasukan, setelah perlawanan penuh emosi baginya.

Marcelo Flores membuat penampilan sulungnya untuk Mexico pada petang Ahad, ketika negara itu menewaskan Suriname 3-0 dalam Liga Negara CONCACAF.

Pemain Arsenal berusia 18 tahun itu telah menjadi subjek perebutan dari beberapa negara, akhirnya memilih untuk mewakili Mexico di peringkat antarabangsa.

SoyFutbol Mexico melaporkan bahawa selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti pada penghujung perlawanan, pemain muda itu meninggalkan padang dalam keadaan sedih dan menangis, walaupun keputusan positif dicatatkan pasukan kebangsaan Mexico.

Ekoran itu, dia terpaksa ditenangkan oleh rakan sepasukannya dan pemain pasukan lawan (Suriname).

Apabila seorang pemain Suriname datang untuk bertukar jersi dengannya, Flores jelas menolak permintaan tersebut kerana dia mahu mengekalkan dan menyimpan jersi yang dipakainya bersama pasukan kebangsaan Mexico, yang mana ia adalah kali pertama dia menyarungnya.

Kemudian, pemain Arsenal itu menggunakan media sosial dan berkata: “Belajar itu menyakitkan.

"Terima kasih kepada rakan sepasukan, jurulatih dan semua mesej yang saya terima. 

"Saya sangat menghargai mereka. 

"Kami akan terus maju bersama, Mexico." jelas Flores dipetik daripada ESPN.

Marcelo Flores ditenangkan oleh rakan sepasukann selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika menentang Suriname pada minit ke-84.

ESPN Mexico memetik pengurus pasukan, Tata Martino berkata peluang untuk menukar (pengambil) sepakan penalti itu telah diberikan kepada Flores oleh rakan sepasukannya, sebagai meraikan penampilan pertamanya untuk pasukan kebangsaan.

Martino seterusnya berkata: "Pemain muda itu berada di dalam bilik persalinan sambil menangis tanpa henti, yang membuatkan anda sangat sedih, tetapi dia tahu bahawa ini bukan apa-apa dalam kerier pemain bolasepak, perkara yang dia perlu bina, bahawa dia mempunyai banyak perkara di hadapannya, banyak detik indah."

Emosi malam yang begitu besar dalam kariernya, jelas melanda Flores tetapi reaksinya membantu dia memikat hati peminat bolasepak Mexico.

Flores layak mewakili Mexico, Kanada atau England namun memilih untuk mewakili pasukan Amerika Latin diperingkat antarabangsa (skuad senior).

Post a Comment

Previous Post Next Post