The Whites menjangkakan The Gunners akan membuat bidaan lebih tinggi.
Berikutan semua dakwaan pada hari Selasa mengatakan Chelsea hampir melengkapkan perjanjian dengan Leeds United untuk Raphinha, Goal Brazil tidak mahu ketinggalan dalam kisah hangat perpindahan ini.
Mereka melaporkan sememangnya The Blues telah melakukan tawaran dan ianya bernilai £55 juta untuk mendapatkan pemain itu.
Ternyata, menurut laporan mereka, The Whites tidak menerimanya dengan melulu (masih belum memberi kata putus) kerana mereka menjangkakan ada pihak lain yang akan datang untuk mendapatkan pemain sayap itu dan pasukan itu sudah tentunya Arsenal.
Menurut cerita itu, Leeds menunggu langkah baru dari The Gunners, kerana pihak Elland Road percaya mereka boleh mendapat manfaat daripada perebutan antara dua pesaing London itu.
Gembira untuk situasi lelongan ke atas Raphinha, The Whites pastinya akan menerima tawaran terbesar yang muncul di atas meja mereka.
Selain Chelsea dan Arsenal, terdapat pasukan ketiga London yang berminat dengan Raphinha, iaitu Tottenham Hotspur.
Bagaimanapun, pihak Antonio Conte tidak mengemukakan tawaran dan dikatakan sebaliknya, akan fokus untuk menandatangani Richarlison.
Goal Brazil juga bercakap mengenai minat Barcelona, mendakwa pasukan Catalan itu tidak memenuhi syarat yang membolehkan mereka menyertai pertarungan dan perebutan mendapatkan Raphinha.
Jadi nampaknya semuanya bergantung kepada sama ada Arsenal boleh 'menyailang' kembali perjanjian berpotensi Chelsea ini atau menghentikan tindakan susulan kerana ia pastinya bukanlah sesuatu yang menguntungkan kelab, sebaliknya hanya Leeds United yang menerima manfaat darinya.