Lucas Torreira terus tawarkan dirinya kepada kelab lain, tidak mahu kembali ke Arsenal.

Pemain Arsenal terus menawarkan dirinya kepada kelab Itali dengan pengarah kelab itu telah mengadakan perbincangan dengan The Gunners mengenai perpindahan.

Lucas Torreira bagaikan melarikan diri dari Arsenal selepas tamat tempoh pinjamannya di Fiorentina, dengan dia terus mencari destinasi lain pada musim panas ini.

Kelab Itali itu bagaimanapun tidak menggunakan hak mereka untuk membeli Lucas Torreira, ketika pemain itu masih bersama mereka walaupun ianya telah memenuhi kriteria dalam klausa pinjaman tersebut.

Akibatnya, pemain tengah Uruguay itu terpaksa pulang ke Emirates walaupun mengharapkan Fiorentina mencetuskan klausa pembelian tersebut, setelah dia turut menyuarakan keinginannya untuk kekal bersama mereka.

Mungkin hasrat Toreira untuk kekal bersama La Viola tidak kesampaian, namun dia masih boleh kekal di Serie A, di mana Lazio berpotensi menjadi destinasi seterusnya buat pemain Arsenal ini.

Laporan dari Itali, Il Messaggero (melalui La Lazio Siamo Noi) hari ini menulis bahawa Torreira 'terus menawarkan dirinya' kepada Lazio, yang mungkin akhirnya berminat untuk mendapatkannya dari Arsenal.

Dikatakan bahawa pengarah kelab itu, Igli Tare kini mendengar permintaan pemain dan sudah mengadakan perbincangan dengan The Gunners mengenai perjanjian musim panas.

Igli Tare, bekas pemain bolasepak Lazio dan Albania kini merupakan Pengarah Sukan Lazio.

Perpindahan itu kini disifatkan peluang terbaik Torriera, walaupun ia tidak berada dalam rancangan asal Lazio untuk musim panas.

Laporan itu tidak menceritakan mengenai jumlah bayaran yang mungkin Lazio akan belanjakan untuk menandatanganinya, hanya menekankan keinginan Torreira untuk meninggalkan Arsenal dan kembali ke Itali.

Pilihan Fiorentina untuk membeli pemain itu ialah €15 juta, jadi The Gunners mungkin mengekalkan jumlah itu atau mungkin tidak berpegang pada harga itu untuk menjual Torreira kepada Lazio.

Post a Comment

Previous Post Next Post