Arsenal sanggup menjual pemain yang gagal menyerlah di Emirates pada harga €15 juta dengan dua kelab telah datang merisik, merasakan harganya terlalu mahal.
Memandangkan betapa sedikitnya aksi dan penampilan Pablo Mari bersama Arsenal sejak tiba dari Flamengo pada Januari 2020, sudah pasti ramai yang tidak menyedari bahawa pemain Sepanyol itu masih merupakan pemain The Gunners.
Apa yang menjadi berita baik untuk semua yang terlibat ialah tempoh pinjamannya di Udinese pada separuh kedua musim ini, di mana ianya berjalan dengan lancar.
Malah, beberapa kelab di Itali telah mengambil perhatian tentang apa yang boleh dilakukan oleh bek tengah berkaki kiri itu, yang menyebabkan dua kelab telah bertanyakan kepada Arsenal tentang potensi perpindahan pemain tersebut.
Bagaimanapun menurut Citta Celeste, Arsenal tidak akan berganjak dengan harga permintaan untuk pemain itu, dengan ia mengatakan bahawa apabila Milan dan Lazio datang merisik, nilai itu nampak terlalu tinggi buat mereka.
Pablo Mari tidak mengambil masa yang lama untuk memenangi hati peminat di Itali, dengan persembahan mengagumkan dan rekod bersih pada penampilan sulungnya di Udinese. |
Sebelum itu, kedua-dua pihak Itali itu semakin kecewa dengan keseluruhan situasi perpindahan Sven Botman dan itulah sebabnya mereka melihat Marí, yang mempunyai profil yang disukai mereka.
Bagaimanapun, The Gunners menganggarkan nilai perpindahan Pablo Mari adalah sebanyak €15 juta, yang dilihat sebagai angka yang akan 'memotong' keinginan Lazio dan Milan.
Oleh itu, ia akan mengambil banyak kerja diplomatik untuk pihak Itali meyakinkan The Gunners dalam menerima formula pinjaman, setelah keadaan kelihatan menuju ke jalan buntu.
Mungkin sudah tiba masanya untuk Arsenal menurunkan sedikit harga permintaan mereka dan adakah ianya wajar untuk The Gunners bertindak demikian?
Kontrak Pablo Mari bersama Arsenal hanya akan berakhir pada Jun 2024 dan The Gunners masih mempunyai masa untuk memikirkan perkara tersebut, dengan tiada desakan untuk membuat keputusan terburu-buru.
AC Milan telah kembali ke dalam perlumbaan untuk menandatangani pemain sasaran Newcastle, Sven Botman - dengan Lille menuntut bayaran lebih tinggi daripada Magpies. |