Tottenham dan Arsenal berminat dengan pemain yang sama, keputusan perpindahan selepas bercuti.
Penyerang Inter Milan, Martin Satriano telah menjadi sasaran perpindahan musim panas Arsenal dan Tottenham Hotspur.
Ketika ini, Nerazzurri difahamkan sedang berusaha untuk menandatangani pemain tengah Empoli, Kristjan Asllani dan satu pertemuan akan berlangsung antara kedua-dua kelab.
Itu menurut Calciomercato.it, yang turut menambah Satriano boleh berakhir sebagai sebahagian daripada rundingan Inter dengan Empoli untuk Asllani.
Perwakilan Inter telah mengesahkan perbincangan pertama telah berlaku dengan Empoli, tetapi mereka bukan satu-satunya yang berminat dengannya.
Inter berminat untuk menandatangani pemain tengah Empoli, Asllani dan ini menyaksikan mereka mahu menyingkirkan Satriano. |
"Empoli sangat menghargai Satriano, tetapi pada masa ini tiada rundingan kukuh mengenai perkara itu.
"Terdapat banyak pilihan untuk Satriano dan pemain itu akan membuat keputusan bersama Inter apabila dia kembali dari percutiannya,” kata wakil pemain berusia 21 tahun itu kepada Calciomercato.
Laporan itu turut menyatakan di mana Torino telah meminta maklumat mengenai pemain tersebut dan seterusnya menambah bahawa kelab dari luar negara juga sedang melihat pemain Uruguay itu.
Pasukan Inggeris, Arsenal dan Tottenham dinamakan kerana laporan mengatakan pihak Mikel Arteta dan Spurs telah memasukkan Satriano ke dalam senarai pemain yang menarik untuk ditandatangani musim panas ini.
Perkara itu turut disokong oleh La Gazzetta dello Sport, yang mengatakan bahawa pemain muda itu menjadi kunci kepada perpindahan Inter untuk mendapatkan Asllani, pemain tengah Albania yang kini beraksi bersama Empoli.
Malah mereka turut mengatakan bahawa pemain tengah Alabania itu kini boleh dianggap sebagai pemain baharu Inter, walaupun perjanjian itu masih belum rasmi.
Bagaimanapun terdapat sedikit perbezaan mengenai kelab mana akan Satriano bermain musim depan.
Laporan Calciomercato mencadangkan bahawa Satriano akan dijual/dipinjamkan dengan Arsenal dan Tottenham dilihat pasukan yang berpontesi untuk mendapatkannya musim panas ini, walaupun Empoli juga terbuka untuk menerima pemain itu secara pinjaman.
Tangkap layar laporan Calciomercato. |
Manakala laporan La Gazzetta dello Sport pula mencadangkan bahawa Satriano akan menjadi mangsa korban Inter untuk mendapatkan Asllani, dengan penyerang muda berusia 21 tahun itu akan menyertai Empoli secara pinjaman.
Bagaimanapun untuk mendapatkan persetujuan dan melengkapkan perpindahan itu, peranan Satriano adalah sangat penting, sebagaimana dijelaskan oleh La Gazeetta dello Sport.
Dia akan menuju ke Empoli secara pinjaman musim depan sebagai sebahagian daripada perjanjian itu dan persetujuannya untuk melakukan itu sangat berguna untuk Inter.
Terdapat yuran pinjaman €4 juta untuk Kristjan Asllani dan mereka juga perlu membayar yuran mandatori €10 juta, yang perlu dijelaskan pada akhir musim depan.
Empoli juga menerima Martin Satriano secara pinjaman, bermakna mereka telah pun menggantikan Andrea Pinamonti yang telah kembali ke Inter.
Andrea Pinamonti, penyerang Inter yang dipinjamkan kepada Empoli musim lalu. |
Asllani dilihat sebagai pengganti semula jadi kepada Marcelo Brozovic di bahagian tengah Inter.
Manakala Satriano, menghabiskan separuh masa kedua musim 2021/22 secara pinjaman di Brest, menjaringkan empat gol daripada 15 perlawanan liga.
Dengan pelbagai kelab termasuk Arsenal dan Tottenham berminat dengan pemain Amerika Selatan itu, terdapat keterujaan di sekelilingnya.
Keputusan mengenai masa depan Satriano akan dibuat selepas dia pulang dari percutiannya dan Inter mengharapkan pemain itu dapat dijual ataupun dipinjamkan dengan pilihan wajib beli.
Itu kerana mereka (Inter) juga perlu membayar €10 juta kepada Empoli pada akhir musim depan, bayaran perpindahan Asllani.