The Gunners telah memberitahu pemain bahawa mereka mahu melanjutkan kontraknya dengan kelab Perancis masih berharap untuk mendapatkan perjanjian baharu.
Mahukan William Saliba mendapat beberapa minit permainan pada musim lalu, Arsenal telah mengatur agar pemain muda Perancis itu menuju ke Marseille.
Pemain pertahanan itu menerima tekanan di Selatan Perancis namun dengan cepat membuktikan dirinya sebagai ahli tetap untuk pasukan utama di bawah Jorge Sampaoli, yang akhirnya dia berjaya membantu kelab tersebut kembali ke Liga Juara-Juara.
Persembahan mantap Saliba menyebabkan pasukan Ligue 1 itu tertanya-tanya sama ada mereka boleh mencuba dan mengekalkannya lebih lama, sekurang-kurangnya semusim lagi.
Bagaimanapun, ianya telah pun diputuskan oleh Arsenal dan Mikel Arteta bahawa perkara itu tidak akan berlaku.
Perkembangan tersebut sudah tentu menjadi satu halangan dalam rancangan perpindahan Marseille.
Tetapi itu tidak bermakna mereka telah menyerah kalah sepenuhnya, seperti yang dijelaskan oleh L'Equipe pada hari Khamis.
Akhbar Perancis melihat urusan perpindahan yang boleh dilakukan kelab Ligue 1 itu pada musim panas ini dan menjelaskan Sampaoli 'benar-benar mahu melihat Saliba lagi musim depan'.
Pengendali Marseille berminat mahu mengekalkan Saliba untuk musim hadapan. |
Bagaimanapun, pemain Arsenal itu akan kembali ke Emirates terlebih dahulu, di mana Arteta dilaporkan berharap padanya (mahu menggunakan khidmatnya) untuk saingan musim depan.
Malah The Gunners turut memberitahunya bahawa mereka mahu melanjutkan kontraknya (kontrak semasa Saliba bersama Arsenal hanya akan tamat pada Jun 2024).
Ini menjadikan sebarang perjanjian baharu sangat rumit tetapi strateginya mudah, sekiranya pihak Marseille masih mahu menggunakan khidmat Saliba.
Kedua-dua pihak (Marseille dan Saliba) hanya perlu menunggu pada musim panas ini untuk melihat sama ada apa yang dijanjikan Arteta dan Arsenal benar-benar dikotakan ataupun sebaliknya.
Ini bermakna jika bek tengah itu ‘tidak berpuas hati dengan masa permainannya’, pasukan Perancis kemudiannya boleh menyerang, dan mengapa tidak cuba membuat pinjaman lain.
Matlamat utama Saliba adalah untuk menjadi sebahagian daripada skuad Didier Deschamps untuk Piala Dunia 2022, dan dia tahu (setelah menerima cap antarabangsanya ketika bersama Marseille), dia perlu bermain secara kerap untuk mencapainya.
William Saliba perlu kembali ke Arsenal walaupun Marseiile dan dia berminat untuk kekal di sana. |