Senarai pemain Arsenal yang telah tamat kontrak.

Kelab telah mengumumkan pemain yang telah tamat kontrak musim ini.

Arsenal telah mengumumkan senarai pemain yang telah menamatkan kontrak musim ini bagi pasukan utama lelaki, pasukan utama wanita dan juga pasukan remaja (Bawah 18 dan bawah 23 tahun).

Perkara itu dibuat susulan Liga Perdana Inggeris akan mengumumkan Senarai Ditahan dan Perpindahan Percuma 2021/22 untuk kelab ahli pada pukul 3 petang (waktu UK) pada hari Jumaat 10 Jun.

Anda boleh membacanya disini senarai penuh bagi keseluruhan pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris mengenai status pemain-pemain mereka yang telah menamatkan kontrak musim ini.

Pihak Liga Perdana Inggeris telah mengeluarkan senarai pemain-pemain kelab yang telah tamat kontrak mereka.

Arsenal membuat pengumuman tersebut melalui laman sesawang rasmi dimana mereka telah memberikan ucapan terima kasih dan ucapan selamat kepada pemain berikut yang kontrak semasa tamat secara rasmi pada 30 Jun 2022 (31 Mei 2022 untuk Pasukan Uertama Wanita).

Skuad pasukan utama lelaki dan wanita:

  • Lisa Evans
  • Tobin Heath
  • Alex Lacazette
  • Eddie Nketiah (kontrak ditawarkan, perbincangan masih berlanjutan)
  • Viktoria Schnaderbeck
  • Lydia Williams (perbincangan berterusan)

Skuad Bawah 18 dan Bawah 23 Tahun Lelaki

  • Jonathan Dinzeyi
  • Joel Lopez
  • Jordan McEneff

Arsenal juga memaklumkan bahawa  sebarang perkembangan lanjut mengenai pemain yang melanjutkan kontrak mereka; menyertai/sertai semula; atau meninggalkan kelab akan dimaklumkan secara rasmi sebaik sahaja ia disahkan.

"Kami berterima kasih kepada semua pemain di atas atas sumbangan mereka kepada kelab sepanjang tempoh kontrak tetap atau pinjaman mereka dengan kami.

"Anda akan sentiasa menjadi sebahagian daripada keluarga Arsenal dan kami mendoakan kesihatan, kebahagiaan dan kejayaan pada masa hadapan anda." pengumuman dibuat Arsenal pada 10 Jun 2022.

Post a Comment

Previous Post Next Post