Arsenal menghantar dua pemain keluar secara pinjaman, ubi muda yang perlu diberi perhatian.
Seorang dihantar ke Belanda dan seorang lagi bersama kelab Inggeris untuk sepanjang musim baharu, 2022/23.
Arsenal telah mengumumkan bahawa mereka telah menghantar dua pertahanan muda untuk sepanjang musim baharu dengan Omar Rekik telah menyertai pasukan Eredivisie, Sparta Rotterdam manakala Harry Clarke akan menyertai Stoke City secara pinjaman untuk musim 2022/23.
Rekik, pemain pertahanan berusia 20 tahun menyertai Arsenal dari Hertha Berlin pada Januari 2021.
Dia merupakan pemain utama skuad bawah 23 tahun musim lalu, membuat 19 penampilan, termasuk 14 dalam kempen Liga Perdana 2.
Omar Rekik, 20 tahun. |
Pemain pertahanan tengah itu dilahirkan di Belanda, di mana dia telah membuat penampilan bersama skuad Belanda Bawah 18 sebanyak tiga kali dengan satu gol dijaringkannya.
Namun, dia telah memutuskan untuk mewakili skuad kebangsaan Tunisia di peringkat senior dan telah membuat penampilan sulungnya dalam kemenangan 1-0 ke atas Mali pada Jun 2021.
Persembahan mantap Rekik terus dihargai negara itu apabila dia diberikan tempat dalam skuad Tunisia untuk Piala Negara-Negara Afrika 2022, yang diadakan di Cameroon pada Januari.
Pada kejohanan tersebut, dia telah membuat dua penampilan dan membantu Tunisia mara ke peringkat ke suku akhir.
Karier awalnya bermula di Feyenoord sebelum menyertai Manchester City (2012-2014), kemudian dia berpindah ke PSV Eindhoven pada 2014.
Selepas dua tahun bersama PSV, dia kemudian berpindah menyertai Marseille sebelum meninggalkan kelab Perancis itu untuk berkelana ke Jerman dengan menyertai Hertha Berlin pada 2017.
Dia memilih untuk mewakili Tunisia kerana ayahnya, yang merupakan warganegara tersebut dan ibunya merupakan berdarah Belanda.
Abangnya, Karim Rekik juga merupakan pemain bolasepak profesional yang kini bermain untuk Sevilla.
Kedua-dua mereka pernah bermain bersama ketika mewakili Manchester City.
Karim Rekik, 27 tahun merupakan abang kepada Omar Rekik. |
Seorang lagi pertahanan muda Arsenal yang dihantar keluar secara pinjaman (setakat ini) adalah Harry Clarke yang akan menyertai Stoke City untuk musim 2022/23.
Pemain pertahanan berusia 21 tahun itu memperoleh pengalaman berharga di Scotland musim lalu secara pinjaman dengan kelab Liga Perdana, Ross County and Hibernian.
Harry menghabiskan separuh pertama kempen bersama Ross County, mempamerkan penampilan mengagumkan sepanjang 17 penampilannya untuk kelab yang berpangkalan di Dingwall itu.
Dia kemudiannya berpindah ke Hibernian pada Januari, di mana dia membuat lapan penampilan untuk pasukan Edinburgh itu.
Harry Clarke, dilahirkan di Ipswich pada 2001 dan menyertai akademi Arsenal pada 2015. |
Harry juga mendapat manfaat daripada pinjaman sepanjang musim bersama Oldham Athletic pada 2020/21, membuat 32 penampilan untuk Latics sepanjang musim tersebut dengan satu jaringan turut disumbangkannya.
Graduan Akademi Hale End ini telah bersama Arsenal sejak 2015, selepas menghabiskan tahun-tahun awalnya dalam set-up belia di kelab kampung halamannya, Ipswich Town.
Harry menandatangani kontrak sebagai penerima biasiswa pada Julai 2017, diikuti dengan kontrak profesional pertamanya pada Julai 2018.
Dia, tidak lama kemudian menjadi ahli penting pasukan bawah 23 tahun Arsenal dan menandatangani perjanjian baharu dengan The Gunners pada Disember 2019.
Harry juga menyertai kem latihan pasukan utama Arsenal di Scotland pada permulaan musim lalu bersama beberapa pemain akademi yang lain.
Pemain antarabangsa remaja England itu memulakan perlawanan persahabatan Arsenal menentang Hibernian, bermain di pertahanan tengah untuk separuh masa pertama (pada kem latihan Arsenal - pra musim lalu).
Walaupun bermain sebagai bek tengah, Clarke juga mempunyai pengalaman bermain di bek kanan, manakala sebahagian daripada pengalamannya di Hibernian, dia juga ditempatkan sebagai bek sayap kiri.
Bermain dalam saingan Kejohanan (Championship), ianya tetap menjadi ujian yang baik terhadap keupayaan Clarke dan akan membantu untuk menilai tahap sebenar kemampuan yang dimilikinya pada masa ini.
Memandangkan dia berusia 21 tahun, boleh dikatakan dia kini menghampiri masa di mana keputusan perlu dibuat mengenai masa depan jangka panjang Clarke bersama Arsenal.
Adakah dia mampu untuk memecah dan memberi cabaran kepada skuad utama yang memiliki pemain-pemain seperti Ben White, Gabriel dan William Saliba.
Walaupun ia adalah satu tugas yang sukar, tetapi buat masa ini Clarke akan memberi tumpuan untuk melakukan yang terbaik yang dia boleh di tempat lain, bersama Stoke.
Kami mendoakan yang terbaik untuk Harry dan Rekik untuk musimnya, musim depan.
Semoga tempoh pinjaman ini akan membuatkan mereka kembali ke Emirates dengan pengalaman berguna dan menjadi pemain yang hebat, yang mampu memberi cabaran kepada skuad senior Arsenal.
Perkembangan keluar masuk pemain Arsenal musim ini, setakat ini:
Masuk.
1. Marquinhos (Sao Paulo).
Keluar.
- Dinos Mavropanos (Stuttgart).
- Alexandre Lacazette (dilepaskan).
- Jonathan Dinzeyi (dilepaskan).
- Joel Lopez (dilepaskan).
- Jordan McEneff (dilepaskan).
- Harry Clarke (Stoke City) - dipinjamkan.
- Omar Rekik (Sparta Rotterdam) - dipinjamkan