Osimhen enggan beri komitmen masa depannya kepada Napoli.

Masa depan Osimhen bersama Napoli menjadi tanda tanya setelah dikaitkan dengan Arsenal dan Manchester United. 

Bintang Napoli, Victor Osimhen menyedari khabar angin perpindahan yang mengaitkannya dengan perpindahan ke Sepanyol dan England serta mengakui bahawa dia tidak tahu apa yang ada pada masa depan untuknya.

Pemain berusia 23 tahun itu menjaringkan empat gol dalam kemenangan 10-0 ke atas Sao Tome and Pricipe dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia pada hari Isnin.

Keputusan perlawanan Sao Tome and Pricipe lwn Nigeria.

Kontraknya di Stadio Maradona akan tamat pada Jun 2025, tetapi Arsenal dan Manchester United telah disebut sebagai destinasi pilihannya pada musim panas.

Bagaimanapun, Arsenal mungkin tidak akan meneruskan usaha untuk menandatanganinya setelah Napoli meletakkan harga melampau untuk mendapatkan khidmat pemain tersebut.

BACA : Arsenal hilang dari radar dalam perebutan pemain.

Dalam perkembangan lain, Osimhen tidak pasti tentang masa depannya di Napoli dan perkara itu diakui dalam temubual terbarunya.

"Saya tahu ada khabar angin mengenai Sepanyol dan England, tetapi ia bukan masa yang sesuai untuk bercakap mengenainya kerana saya bersama pasukan kebangsaan," katanya kepada media tempatan, seperti dipetik Il Corriere dello Sport.

"Saya tidak tahu apa yang ada pada masa depan untuk saya, saya tahu apa sahaja boleh berlaku.

"Sekarang, saya mahu pergi bercuti dan mengembalikan kesegaran serta ketenangan, dan kemudian barulah kita akan fikirkan tentang perkara lain."

Osimhen menyertai Napoli dalam perjanjian €75 juta daripada Lille pada 2020. 

Dia menjaringkan 18 gol dalam 32 penampilan dalam semua pertandingan dengan Partenopei musim lalu.

Secara keseluruhan, dia telah menjaringkan 28 gol dalam 62 penampilan sepanjang dua tahun bersama Azzurri dan menjaringkan 10 gol dalam 18 perlawanan bersama pasukan kebangsaannya.

Napoli menolak tawaran €100 juta daripada Newcastle United pada jendela perpindahan Januari dan tidak mahu berpisah dengan penyerang bintang mereka itu pada musim panas ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post