Catatan media sosial mengenai ucapan selamat tinggal Torreira kepada Fiorentina.
Dengan Lucas Torreira mempunyai tempoh pinjaman yang sangat memuaskan di Fiorentina, bukan rahsia lagi bahawa kelab Serie A itu ingin mencapai persetujuan dengan Arsenal untuk mengekalkannya lebih lama.
Media Itali melaporkan selama berbulan-bulan bahawa La Viola cuba menyamai permintaan The Gunners, dengan pemain itu sendiri mengumumkan bahawa dia juga mahu kekal di sana.
Saga ini bagaimanapun telah berakhir dan ia bukan dengan pengakhiran yang menggembirakan untuk Fiorentina dan juga Torreira.
Demikian menurut laporan dari Firenze Viola hari ini.
Media itu melaporkan bahawa pengarah kelab Fiorentina, Daniele Prade memanggil pemain itu beberapa jam lalu untuk mengatakan mereka tidak dapat mencapai persetujuan dengan Arsenal dan oleh itu, dia perlu bersedia untuk kembali ke Emirates.
Susulan itu, Torreira telah membuat pengumuman melalui media sosial mengenai perpisahannya dengan Fiorentina, yang mana dia telah membuat 35 penampilan musim ini bersama mereka.
Pemain tengah itu mempunyai kontrak dengan Arsenal sehingga 2023 dan ini adalah tempoh pinjaman kedua, kerana sebelum ini dia pernah dihantar ke Atletico Madrid, namun gagal memikat pengurusan kelab tersebut.
Grazie @acffiorentina 💜🥹 pic.twitter.com/WFpGxO0h8r
— Lucas Torreira #LT14 (@LTorreira34) June 14, 2022