Arsenal berang dengan Fiorentina.

The Gunners tidak akan melayan Fiorentina terhadap percubaan kelab Itali itu setelah apa yang dilakukan mereka.

Lucas Torreira menghabiskan musim lalu secara pinjaman bersama Fiorentina dan mempunyai tempoh yang sangat mengagumkan bersama kelab tersebut.

Pemain berusia 26 tahun itu menjadi sebahagian daripada skuad penting La Viola dan mengemudikan bahagian tengah mereka dengan cemerlang serta membuat 35 penampilan dalam semua pertandingan.

Media yang rapat dengan Fiorentina menyatakan ia adalah sangat ketara [prestasi pasukan] apabila pemain milik Arsenal itu tidak berada di atas padang dan perpindahan tetap pada musim panas ini nampaknya menjadi keutamaan serta perlu dilakukan.

La Viola mempunyai klausa pembelian €15 juta dan sudah lama dilaporkan bahawa mereka mahukan diskaun terhadap nilai perpindahan yang telah dipersetujui sebelum ini.

Bagaimanapun, mereka tidak menggunakan ataupun tidak mengaktifkan klausa pembelian yang terkandung dalam perjanjian pinjaman tersebut.

BACA: Tempoh 24 jam yang penting buat Torreira dan Fiorentina.

Melihatkan keinginan mereka untuk mendapatkan diskaun, sudah tentu kita membayangkan nilai yang agak kecil seperti €2-3 juta daripada nilai yang telah ditetapkan dalam kontrak pinjaman.

Tetapi Fiorentina sebaliknya bertindak melampau apabila mereka telah meminta lebih dari separuh daripada nilai tersebut.

Fiorentina.it melaporkan, menurut maklumat mereka sendiri, bahawa pihak Serie A itu telah menawarkan hanya €7 juta kepada Arsenal untuk mereka menandatangani Torreira, dalam tawaran terbaru yang dilakukan mereka kepada The Gunners. 

Itu membuatkan Arsenal berang dan tidak akan membalas tawaran itu (Arsenal tidak akan melayan sebarang permintaan dan tawaran daripada Fiorentina).

Torreira hanya mempunyai baki setahun dalam kontraknya dengan Arsenal, namun masih bernilai jauh lebih tinggi daripada €7 juta

Torreira bernilai €20 juta dalam pasaran semasa mengikut Transfermark dan akan menamatkan kontraknya bersama Arsenal pada Jun 2023.

Amat bodoh jika Arsenal melepaskan Torreira pada nilai tersebut dan memenuhi permintaan Fiorentina selepas apa yang mereka lakukan terhadap The Gunners, mengenai kisah perpindahan Vlahovic.

Kini sudah tiba masanya untuk Arsenal mula mencari kelab lain yang berminat sekiranya benar-benar tidak mahu menggunakan khidmat Torreira.

Post a Comment

Previous Post Next Post