Hector Bellerin bersedia untuk menamatkan kontraknya bersama Arsenal dalam usaha untuk memaksa perpindahan ke Real Betis.
Pertahanan Arsenal, Hector Bellerin mahu menepati janjinya dan mengabaikan pilihan perpindahan lain musim panas ini bagi mendapatkan perpindahan ke Real Betis.
Itu menurut Estadio Deportivo, yang mengatakan pemain itu sedang berusaha untuk merealisasikan impiannya untuk kekal di Sepanyol selepas tamat tempoh pinjamannya musim lalu.
Mereka menjelaskan bahawa Bellerin terpaksa memohon kebenaran Mikel Arteta untuk membenarkan dia kembali ke Sepanyol pada musim panas lalu dan akhirnya berjaya memenuhi hasratnya itu, menyertai kelab zaman kanak-kanaknya di Betis.
Dia mahu menyertai pasukan Manuel Pellegrini secara kekal dan telah memaklumkan perkara itu kepada Arsenal, tetapi pada masa ini kewangan Real Betis tidak mampu untuk melakukan itu (pembelian).
Bellerin, kemudian bersedia untuk kembali ke pramusim bersama Arsenal dan berkemungkinan akan menjadi sebahagian daripada skuad pramusim The Gunners, termasuklah siri jelajah Amerika.
Mikel Arteta merancang untuk melengkapkan proses pengambilan selepas itu dan ia termasuklah mengenai memuktamadkan isu perpindahan Bellerin.
Ideanya adalah untuk mengambil kesempatan musim baiknya yang dipinjamkan kepada Betis dan memperolehi angka sekitar €10 juta, sesuatu yang Roma dan Fiorentina sanggup bayar.
Bagaimanapun, Bellerin tidak mengendahkan kedua-dua pilihan itu kerana dia tetap mahu berpindah ke Betis.
Malah, dia telah pun menawarkan untuk mengorbankan gajinya untuk tahun terakhir di Emirates, iaitu sekitar €5 juta, untuk membayar pampasan kepada Arsenal atas penamatan perjanjiannya (kontrak).
Bellerin mahu menamatkan kontraknya bersama Arsenal dalam menrealisasikan hasratnya untuk kekal bersama Real Betis. |
Perkara itu (penamatan kontrak) bukanlah sesuatu yang baru buat kita dan Arsenal.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, The Gunners telah bersetuju dengan perjanjian yang sama, terutamanya dengan Mesut Ozil, Pierre-Emerick Aubameyang dan Calum Chambers.
Jadi, tidak mengejutkan apabila Bellerin cuba untuk menyelesaikan perpindahannya dengan cara yang sama.
Dan itu juga merupakan penyelesaian yang diharapkan Betis dalam mendapatkan Bellerin dan mereka berharap ia akan membuahkan hasil pada penghujung bulan Ogos tetapi lebih baik sebelum itu.
Pasukan Sepanyol itu sanggup menunggu untuk mendapatkan pemain mereka dan begitu juga Bellerin yang turut bersabar untuk merealisasikan hasratnya.
Namun, perkembangan itu sudah pasti sesuatu yang mengecewakan Arsenal dan sebahagian daripada peminat The Gunners.
Arsenal berhasrat untuk menjana pendapatan daripada penjualan Bellerin dengan Roma dan Fiorentina berminat, namun dia kekal dengan hasratnya untuk kekal bersama Real Betis. |