Tindakan Porto dikecam kerana menjual pemain kepada Arsenal, pengurus pasukan mungkin sangat marah.
Memerlukan sedikit jualan untuk mengimbangi buku kewangan pada musim panas ini, FC Porto perlu melepaskan dan menjual beberapa pemain sedia ada mereka.
Walau bagaimanapun, apabila perpindahan Fabio Vieira ke Arsenal diumumkan pada hari Khamis secara tiba-tiba, beberapa pihak terkejut dengan harga yang dicapai itu.
The Gunners dilaporkan berjaya menandatangani pemain tengah Portugal itu pada harga kira-kira €35 juta dan ditambah €5 juta lagi dalam bentuk bayaran bonus yang mudah untuk dicapai.
Itu bermakna Porto akan mendapat bayaran keseluruhan berjumlah €40 juta.
Walaupun itu masih merupakan harga yang baik, namun jumlah tersebut masih rendah daripada klausa pelepasan yang dimiliki dalam kontrak pemain itu bersama Porto.
Laporan mengatakan bahawa kalusa tersebut berjumlah €50 juta dan keputusan untuk membiarkan Vieira pergi menyertai Arsenal pada harga yang lebih murah jelas tidak memuaskan hati Jose Fernando Rio, bekas calon untuk menjadi presiden kelab dalam perbualannya dengan Radio Renascenca, disampaikan oleh Record.
"Pentadbir kewangan telah mengumumkan keperluan untuk merealisasikan antara €70-100 juta dalam keuntungan modal tahun ini, dan saya sudah menunggu untuk melihat ia bermula.
"Jelas sekali, kita perlu mengurangkan kos pengantaraan.
"Di Porto, kita tidak pernah tahu mereka tinggi atau rendah, tetapi biasanya mereka agak tinggi.
"Presiden Pinto da Costa telah mengisi mulutnya dengan nombor, mengatakan bahawa Porto mempunyai situasi yang membolehkan pemain dirundingkan hanya melalui klausa pelepasan dan kami melihat bahawa ini tidak benar." jelas Jose Fernando Rio.
Jose Fernando Rio, bekas calon untuk jawatan presiden FC Porto mengkritik urusan penjualan pemain kelab Portugal itu. |
Dengan Arsenal berjaya mendapatkan Vieiera dengan harga €10 juta kurang daripada klausa pelepasannya, semua mata kini akan tertumpu kepada Vitinha, dia juga boleh meninggalkan Porto sekiranya terdapat tawaran berjumlah €40 juta tiba di meja Porto.
Rio menjelaskan ia akan menjadi satu kegagalan mutlak sekiranya dia dilepaskan pada harga yang kurang daripada nilai yang sepatutnya.
Malah dia turut mencadangkan Porto perlu perlu berhati-hati untuk rancangan masa depan mereka.
Vitinha, pemain tengah Porto berusia 22 tahun mempunyai klausa pelesapan 40 juta euro dan dilaporkan menjadi sasaran Manchester United. |
Dia menambah: "Saya membayangkan bahawa Sergio Conceicao sangat marah pada ketika ini.
"Dia juga membuat pengumuman bahawa Porto kini tidak lagi berada di bawah pemerhatian UEFA, mereka boleh melabur lebih banyak untuk tampil berdaya saing sebagai sebuah pasukan.
"Namun mereka mula melihat pemain utama mereka pergi.
"Ini mungkin ada kaitan dengan keinginannya untuk kekal atau meninggalkan kelab.
Sergio Conceicao menjadi pengurus FC Porto sejak 2017. |
Sekarang tumpuan kita bukanlah kepada situasi yang melanda FC Porto, perkara menarik pastinya untuk melihat sejauh mana prestasi Vieira di Arsenal sebelum menilai sepenuhnya perpindahan itu.
Vieira tampil dengan rekod sebagai pemain yang berjaya mengumpul enam gol dan 14 bantuan dalam hanya 27 penampilan liga Portugal itu.
Namun adakah dia mampu menyesuaikan diri dengan segera dengan corak bolasepak Inggeris?