Arsenal dijangka melengkapkan pembelian secara rasmi dalam beberapa jam akan datang setelah ujian perubatan pemain terganggu kerana percutian.
Perpindahan Fabio Vieira ke Arsenal adalah cerita panas di Portugal pada hari Khamis dan ia jelas disebut dalam akhbar sukan pada hari ini di negara itu.
Record mengatakan Arsenal akan membuat perpindahan rasmi dalam beberapa jam akan datang dan pemain FC Porto itu akan menandatangani kontrak untuk tempoh lima tahun dengan The Gunners.
Mereka melaporkan The Gunners akan membayar €35 juta ditambah lagi €5 juta dalam pembayaran bonus.
Bonus itu dikatakan berkaitan dengan blok permainan yang akan diselesaikan Vieira, serta gol kolektif di kelab Liga Perdana itu.
Laporan O Jogo pula, mereka melaporkan dengan angka yang sama dan mengatakan tahap bonus mudah dicapai.
Laporan mereka mengatakan satu-satunya perkara yang tinggal dalam proses perpindahan itu adalah ujian kesihatan untuk menjadikannya rasmi.
Jorge Mendes telah bertanggungjawab dalam operasi itu dan meyakinkan Porto untuk menerima tawaran tersebut.
Pada mulanya terdapat beberapa keraguan dengan kelab itu mungkin percaya mereka boleh mendekati klausa pelepasan €50 juta yang ada dalam kontrak pemain itu.
Namun dia berjaya menyakinkan Porto untuk menerima tawaran pembelian Arsenal dengan jumlah yang dinyatakan tadi.
Jorge Mendes, ejen bolasepak Portugal dan berdaftar dengan Persekutuan Bola Sepak Portugal serta mengetuai syarikat GestiFute, yang diasaskan pada 1996. |
Pemain itu dilaporkan sedang bercuti di Mykonos, Greece dan Mendes begitu bersungguh-sungguh dengan mengganggu percutian pemain itu, untuk pergi ke London dan menyelesaikan ujian perubatannya.
Ujian tersebut dijangka berlaku hari ini dan peminat Arsenal pastinya sedang menunggu pengumuman rasmi dari kelab.
Fabio Vieira pemain tengah berusia 22 tahun. |