Raphinha perlu membuat keputusan dengan Leeds sedia mendengar tawaran.

Leeds United memilih untuk mendengar kelab yang berminat untuk menandatangani pemainnya dengan Raphinha perlu membuat keputusan.

Arsenal dan Barcelona adalah antara beberapa kelab yang mengejar bintang Leeds United, Raphinha pada musim panas ini.

Pemain sayap itu, yang keutamaannya adalah untuk menyertai pasukan La Liga, prihatin dengan situasi Ousmane Dembele di Camp Nou, menurut Mundo Deportivo.

Kontrak semasa Dembele bersama Barcelona akan tamat pada 30 Jun ini dan dia setakat ini tidak bersetuju untuk melanjutkan perjanjian tersebut.

Jika pasukan Xavi Hernandez menghadapi masalah kewangan untuk mengekalkan Dembele, maka mereka juga kelihataan akan menghadapi kesukaran untuk membawa pemain antarabangsa Brazil itu menyertai mereka.

Menurut Mundo Deportivo, Leeds United telah meminta €65 juta untuk mereka melepaskan Rapinha kepada pihak yang berminat dan itu termasuklah kepada Barcelona.

Dalam perkembangan lain, pengendali Leeds, Jesse Marsch dilaporkan sedang berusaha untuk menjual Kalvin Phillips kepada Manchester City.

Penjualan pemain tengah itu akan membantu mereka menangani kes Raphinha dengan tenang dan turut difahami bahawa, Leeds juga sedar gergasi Sepanyol itu mempunyai keutamaan lain, di mana pihak Catalan itu berusaha menandatangani Robert Lewandowski, sebelum menyelesaikan pembelian pemain mereka.

Oleh itu, Leeds memilih untuk mendengar tawaran daripada Arsenal. 

Mundo menegaskan perjanjian antara pihak Leeds dan Arsenal dilihat lebih menguntungkan The Whites kerana faktor kewangan The Gunners yang lebih sihat berbanding kelab Sepanyol itu.

Raphinha ketika ini hanya menantikan keputusan Dembele dengan situasi pemain itu tidak banyak berubah walaupun menghampiri tarikh akhir (tamat kontrak).

Selain itu, dia juga terpaksa menunggu keputusan Barcelona sama ada mereka bersedia untuk membuat tawaran kepada Leeds bagi mendapatkan tandatangannya.

Jika Barcelona tidak membuat tawaran, pemain Amerika Selatan itu perlu membuat keputusan segera sama ada untuk menunggu pihak Camp Nou atau menyertai Arsenal, terutamanya dengan Leeds kini memilih untuk mendengar kata-kata (tawaran) dari pihak Mikel Arteta.

Post a Comment

Previous Post Next Post