Respon Martinez berhubung perpindahan ke Juventus dan bermain dalam Liga Juara-Juara.

“Saya akan duduk berbincang bersama keluarga saya” – bintang Aston Villa akan berbincang mengenai perpindahan selepas selesai tugasan antarabangsanya.

Bintang Aston Villa, Emiliano Martinez mengakui dia akan duduk dan membincangkan masa depannya pada tahun hadapan.

Penjaga gol Argentina itu telah membuktikan dirinya sebagai salah seorang yang terbaik di Eropah sepanjang dua musim terakhir bersama Villa, menjadikan dirinya sebagai pemain nombor satu mereka dan juga untuk negaranya.

Persembahannya cemerlangnya itu menjadi daya penarik dengan beberapa kelab di Eropah, khususnya Juventus, dipercayai sedang mengintai peluang untuk menandatanganinya.

Mengeluarkannya daripada Aston Villa bukanlah sesuatu yang mudah, dengan pihak Steven Gerrard berkemungkinan menolak sebarang tawaran yang datang.

Malah mereka juga tidak terdesak untuk menjualnya, memandangkan penjaga gol itu menandatangani perjanjian baharu di Villa Park awal tahun ini, yang akan menyaksikan Martinez kekal di kelab itu sehingga 2027.

Itu bagaimanapun tidak akan menghentikan khabar angin, walaupun pemain berusia 29 tahun itu lebih daripada menyedarinya tetapi menegaskan perbincangan mengenai perpindahan dari Aston Villa ditangguhkan buat masa ini.

"Saya sudah ditanya,” katanya kepada AS apabila ditanya sama ada dia mahu bermain untuk kelab yang beraksi dalam Liga Juara-Juara.

"Aston Villa berada dalam keadaan yang baik, kami sudah menetapkan dua hingga tiga pemain yang akan ditandatangani dan saya tidak terfikir untuk pergi [berpindah].

"Saya sedang memikirkan tentang bermain untuk pasukan kebangsaan.

"Apabila semua ini selesai, saya akan duduk bersama keluarga [berbincang]. 

"Ia bukan sesuatu yang saya fikirkan ketika ini, kerana Piala Dunia hanya lagi lima bulan."

Martinez telah dikaitkan dengan perpindahan ke Juventus dalam beberapa minggu kebelakangan ini dengan Old Lady dikatakan amat berminat dengan bekas penjaga gol Arsenal itu. 

Walaupun, Martinez telah menafikan dakwaan tersebut dengan komen yang diberikannya.

Bagaimanapun, dia telah mengakui bahawa dia juga mahu bermain dalam aksi Liga Juara-Juara pada tahun-tahun akan datang. 

Bercakap tentang masa depannya, Martinez menambah: "Segala-galanya... dalam beberapa bulan kebelakangan ini telah berlalu dengan cepat, kami memenangi Copa America dan keesokan harinya saya sudah berada di England untuk memulakan latihan. 

"Saya tidak menikmati kemenangan itu tetapi saya sentiasa mahu membuat penampilan sulung saya dalam pasukan kebangsaan dan membuat keluarga saya bangga dengan saya.

"Sekarang saya mempunyai peluang untuk bermain dalam Piala Dunia, ia adalah impian semua warga Argentina. 

"Dan kemudian saya bermimpi untuk bermain dalam Liga Juara-Juara." jelas Martinez.

Post a Comment

Previous Post Next Post