Selamat datang ke Arsenal, Fabio Vieira!

Temubual pertama pemain baharu yang dibawa masuk Arsenal pada nilai (yuran) €35 juta ditambah €5 juta sebagai tambahan.

Pemain tengah berusia 22 tahun itu telah membuat 54 penampilan ketika bersama Porto, berkembang melalui akademi remaja kelab Portugal tersebut dan membuat penampilan sulung pasukan utamanya pada Jun 2020.

Dia juga merupakan sebahagian daripada skuad pemenang Liga Primeira pada musim 2019/20 dan 2021/ 22.

BACA: Pengumuman rasmi mengenai pembelian baharu The Gunners.

Vieira ialah pemain antarabangsa Portugal Bawah 21 tahun dan telah menjaringkan 13 gol yang mengagumkan daripada 21 penampilannya. 

Dia juga mewakili negaranya di peringkat remaja, bermain kesemua lima perlawanan kejohanan ketika Portugal menamatkan saingan naib juara Kejohanan UEFA Bawah 19 Tahun 2019.

Semasa musim memenangi Liga Primeira musim lalu, Fabio membuat 27 penampilan, menjaringkan enam gol dan membuat 14 bantuan.

Vieira akan memakai jersi dengan nombor 21 dan menyertai rakan sepasukan baharunya tidak lama lagi untuk latihan pramusim.

Semoga berjaya dan tampil dengan mantap Vieira!

Post a Comment

Previous Post Next Post