The Gunners bersedia untuk 'menyerang'.

Arsenal yakin bahawa mereka boleh melengkapkan perpindahan dengan segera.

Arsenal telah berhubung dengan wakil Youri Tielemans selama lebih sebulan, lapor HLN edisi Isnin.

Menurut laporan ringkas itu, beberapa individu yang bertanggungjawab di Emirates yakin bahawa mereka boleh menyelesaikan urusan perpindahan itu dengan agak cepat, selepas tamat rehat antarabangsa yang sedang berlangsung ketika ini. 

Itupun sekiranya pembelian itu kemudiannya dianggap 'perlu' oleh The Gunners, yang menjelaskan bahawa pihak Arteta dan Edu mempunyai beberapa pilihan yang tersedia untuk mereka memilih.

Tielemans mempunyai baki setahun dalam kontraknya dengan Leicester City, meletakkan The Foxes kini di bawah tekanan mengenai masa depan pemain itu.

Tanpa pembaharuan atau perpindahan musim panas ini, kemungkinan perpindahan percuma dalam tempoh setahun dari sekarang akan menjadi kenyataan dan itu pastinya merugikan mereka.

Arsenal memiliki beberapa nama untuk posisi pemain tengah dan yakin dapat menyelesaikan urusan perpindahan Tielemans dengan cepat.

Arsenal difahamkan bersedia untuk 'menyailang' usaha The Foxes untuk memperbaharui perjanjian itu, dan mahu memastikan mereka (The Gunners) melakukannya pada masa yang tepat. 

Di Leicester City pula, dikatakan mereka boleh menggunakan dana yang diperolehi itu untuk urusan perniagaan mereka dan membantu memudahkan kewangan kelab.

HLN melaporkan bahawa The Foxes masih belum meletakkan sebarang tanda harga kepada pihak yang berminat menandatangani pemain tengah itu, walaupun dinyatakan kelab itu mengharapkan bayaran melebihi €35 juta.

Post a Comment

Previous Post Next Post