Rundingan menandatangani Aaron Hickey dijangka minggu depan.

Langkah kecil ke hadapan dalam rundingan Arsenal menandatangani pemain dijangka minggu depan, dengan kelab mahukan bayaran €20 juta berserta bonus.

Meletup beberapa minggu lalu, cerita tentang minat Arsenal terhadap Aaron Hickey kemudiannya menjadi sunyi.

Baca: Newcastle saingi Arsenal dalam perebutan Hickey.

Walaupun perkara itu tidak diperkatakan secara berterusan, tetapi yakinlah peminat The Gunners bahawa kelab kesayangan kita tidak pernah melupakan bek kiri itu, yang kini terikat dengan Bologna.

Corriere dello Sport pada hujung minggu mempunyai artikel menarik mengenai pemain antarabangsa Scotland itu, dengan mendakwa bahawa sebuah lagi kelab Liga Perdana Inggeris telah tampil dengan tawaran €18 juta untuk perkhidmatannya.

Pasukan yang dimaksudkan itu adalah Brentford, tetapi tawaran dikemukakan mereka dianggap rendah dan dengan pantas ditolak oleh pasukan Serie A itu, sekaligus membuka peluang kepada Arsenal.

Artikel itu menyebut pihak Mikel Arteta, menunjukkan bahawa dengan menolak tawaran Brentford itu, Bologna berhasrat menggunakan strategi yang sama yang digunakan mereka terhada Takehiro Tomiyasu.

Arsenal menandatangani Takehiro Tomiyasu dari Bologna dengan nilai perpindahan mencecah£15.5 juta dan meminjamkan Hector Bellerin kepada Betis musim lalu.

Peminat Arsenal pasti sudah biasa dengan yang kes perpindahan Tomiyasu, kerana pihak Itali menunggu sehingga agak lewat pada jendela perpindahan untuk menerima tawaran daripada The Gunners, yang membantu mereka mendapatkan harga dan menaikkannya ke angka yang dikehendaki.

Apabila ia datang kepada Hickey, bayaran yang sama dijangka dan Bologna inginkan sekurang-kurangnya €20-22 juta dan ditambah dengan bayaran bonus, walaupun pada ketika ini tiada sesiapa pun yang bersetuju dengan angka itu.

Bagaimanapun, Arsenal sedang berusaha untuk menguruskan rundingan dan seawal minggu depan, mungkin terdapat langkah kecil ke hadapan antara Bologna dan The Gunners.

Laporan sebelum ini juga telah mendedahkan bahawa Arsenal telah membuat tawaran dan bertegas dengan nilai sebanyak €25 juta.

Itu berita baik dan dijangkakan ia akan menjadi musim panas yang sangat panas untuk Hickey, dengan banyak minat ditunjukkan terhadapnya.

Pun begitu, harapannya adalah untuk kita menyaksikan dia menyarung jersi keramat merah putih musim depan.

Post a Comment

Previous Post Next Post