Ucapan selamat maju jaya untuk Jordan McEneff dari pemain Chelsea.

Bukayo Saka dan Billy Gilmour ucapkan selamat maju jaya kepada bekas pemain 21 tahun Arsenal.

Billy Gilmour dari Chelsea mendoakan yang terbaik kepada Jordan McEneff di Instagram selepas pemain dilepaskan Arsenal.

Pemain berusia 21 tahun itu, bersama beberapa pemain muda lain seperti Joel Lopez, diberitahu masa mereka di Arsenal telah berakhir pada musim panas ini.

BACA: Pemain yang dilepaskan Arsenal musim panas ini.

Bukayo Saka turut menghantar mesej kepada pemain tengah itu dengan mengucapkan ‘semoga berjaya’ untuk masa depan, bersama seorang lagi bintang Hale-End yang sedang meningkat naik, Charlie Patino di ruangan komen tampalan status McEneff.

Bukan mudah untuk menembusi sistem Arsenal, namun perkara itu tidaklah mustahil buat pemain-pemain muda The Gunners untuk beraksi bersama skuad utama ataupun skuad senior.

Jika anda mendapat peluang untuk beraksi bersama pasukan utama dan membuktikan kemampuan sebenar, maka perkara itu adalah seperti mana yang terjadi dan telah dibuktikan oleh Saka dan Emile Smith Rowe.

Duo itu kini merupakan pemain antarabangsa England, dengan Smith Rowe baru-baru ini bermain untuk Bawah 21, sebelum ini dia bersama pasukan senior.

Ucapan maju jaya daripada pemain Chelsea dan beberapa pemain Arsenal kepada McEneff.

Sementara Saka telah bermain untuk Three Lions semasa pertemuan UEFA Nation League baru-baru ini.

Kedua-duanya adalah contoh kepada mereka yang datang melalui akademi Arsenal bahawa jika anda boleh mempamerkan nilai anda, maka anda akan dipilih oleh Mikel Arteta.

Patino, yang membuat penampilan sulung untuk The Gunners musim ini, berharap untuk menjadi pemain tetap bagi kempen berikutnya.

Charlie Michael Patino, 18 tahun telah membuat beberapa penampilan bersama skuad utama Arsenal.

Sememangnya dia mempunyai peluang itu kerana Arsenal kini memiliki tambahan perlawanan yang perlu diharungi setelah layak beraksi dalam Liga Europa.

Ini pastinya peluang terbaik kepada dia dan beberapa pemain muda lain untuk membarisi dan beraksi bersama skuad utama Arsenal.

Arteta telah menggunakan bintang akademi sebelum ini untuk saingan Eropah, dengan Smith Rowe merupakan pemain terakhir akademi yang diberi peluang setakat ini, dengan dia kekal bersama skuad utama The Gunners.

Mungkin kita akan melihat beberapa lagi wajah baharu yang akan mencatatkan kejayaan pada penggal seterusnya kerana ia akan menjadi kejayaan besar untuk Arteta dan Arsenal dalam membangunkan pemain-pemain muda.

Jika itu berlaku, pujian juga harus diberikan kepada Per Mertesacker yang bertindak selaku Pengurus Akademi Arsenal.

Terkini, Jordan McEneff sah meneyertai Shelbourne FC, sebuah kelab yang berpangkalan di Dublin, Ireland

Post a Comment

Previous Post Next Post