The Gunners boleh menuntut '7 dulang hati nyamuk' untuk melepaskan Saliba.

Kelab Perancis bersedia membuat usaha baharu untuk menandatangani pemain Arsenal.

Memandangkan Marseille terus berharap untuk menandatangani William Saliba dari Arsenal dengan perjanjian tetap, usaha terbaru dari pasukan Ligue 1 itu dilaporkan oleh Foot Mercato.

Menurut media Perancis, kelab itu mendekati The Gunners untuk mengetahui syarat-syarat pembelian yang berpotensi.

Susulan pinjaman setahun yang memuaskan, mereka kini mahu mendapatkan Saliba dalam kontrak jangka panjang dan Marseille dikatakan bersedia untuk melakukan usaha kewangan sebenar bagi meyakinkan Arsenal.

Foot Mercato nampaknya tidak tahu berapa banyak - jumlah yang diperlukan, yang akan mencukupi untuk The Gunners menerimanya bagi melepaskan Saliba.

Mereka tertanya-tanya sama ada €40 juta sudah mencukupi atau tidak, dan nilai itu sudah pun menjadi satu jumlah yang besar untuk pasukan Ligue 1 itu.

Ia menegaskan Marseille terpaksa bergantung lebih daripada sebelumnya kepada kemahiran Pablo Longoria dalam berunding, supaya mereka boleh mendapatkan persetujuan yang munasabah dengan Arsenal untuk perpindahan itu.

Persembahan mengagumkan Saliba bersama Marseille membuatkan kelab Perancis itu mahu mengekalkannya.

Saliba dikatakan terbuka untuk kekal di kelab Perancis itu lebih lama, kerana dia baru sahaja menjalani musim yang baik di bawah Jorge Sampaoli.

Selain harga untuk perpindahan, Marseille juga perlu menyemak apakah rancangan The Gunners untuk pemain itu, kerana beberapa laporan sebelum ini telah mendakwa Saliba berada dalam rancangan Mikel Arteta untuk musim depan.

Post a Comment

Previous Post Next Post