Usaha Arsenal mendapatkan Hickey terjejas sekiranya gagal menyelesaikan isu Tavares.

Arsenal berpotensi menghalang usaha perpindahan sendiri untuk mendapatkan pemain sasaran dengan permintaan yang dibuat.

Harga pemintaan Arsenal yang dilaporkan untuk Nuno Tavares nampaknya menghalang perjanjian yang berpotensi untuk Aaron Hickey.

Baru minggu lepas, kita telah melihat dakwaan daripada media Itali mengatakan The Gunners menuntut €40 juta untuk melepaskan pemain itu, walaupun mereka membelanjakan hanya €8 juta untuk menandatanganinya pada musim panas lalu.

Terkini, pada hari ini, Il Resto del Carlino seperti yang disampaikan oleh TuttoBolognaWeb, mengatakan bahawa usaha Atalanta untuk mendapatkan Tavares adalah rumit.

Ini mungkin disebabkan harga yang dituntut Arsenal untuk mereka melepaskan pemain tersebut dan itulah sebabnya Atalanta kini melihat Andrea Cambiaso.

Masalahnya ialah, jika isu Tavares tidak diselesaikan dengan segera, itu juga boleh menjejaskan jendela perpindahan Arsenal sendiri.

Arsenal terlebih dahulu perlu melepaskan Tavares bagi memberi ruang kepada kemasukkan Aaron Hickey.

Itu kerana pihak The Gunners memerlukan sumber tersebut (hasil penjualan) untuk membeli bek sayap Bologna, Aaron Hickey.

Awal hari ini, laporan dari Perancis mendakwa Olympique Marseille cuba untuk menandatangani Nuno Tavares juga, tetapi pihak Ligue 1 ingin mendapatkannya secara pinjaman dengan pilihan untuk membeli.

Jika itu benar-benar berlaku dan kedua-dua laporan itu betul, maka membiarkan pemain Portugal itu berpindah ke Marseille secara percuma, sekurang-kurangnya buat masa ini, boleh menghalang The Gunners untuk melabur mendapatkan Hickey.

Jadi mungkin mendapatkan perjanjian yang adil dengan Atalanta akan menjadi pilihan yang lebih baik untuk memenuhi semua senario.

Post a Comment

Previous Post Next Post