Arsenal dilaporkan sangat yakin dapat melengkapkan perpindahan pemain dan akan mempercepatkan urusan dalam beberapa jam akan datang setelah berbincangan berjalan lancar dan positif.
Inginkan bek kiri baharu, Arsenal telah dikaitkan dengan banyak nama setakat musim panas ini.
Bermula dengan Aaron Hickey (kini sah menjadi milik Brentford), kemudian muncul Alex Grimaldo, sebelum beberapa nama lain yang dikaitkan.
Kini, nampaknya The Gunners mula menggunakan hubungan baik pengurus pasukan Mikel Arteta yang pernah berkerja bersama Manchester City untuk menggoda dan mendapatkan pertahanan kiri mereka, Oleksandr Zinchenko.
Perkembangan ini bukanlah perkara baharu di mana ianya pernah dan telah dilaporkan oleh media Inggeris sebelum ini, tetapi kini terdapat kemas kini terbaru dari Perancis, dengan Santi Aouna melaporkan untuk Foot Mercato.
Dia menjelaskan bahawa selepas memberikan Manchester City €52 juta atau lebih untuk Gabriel Jesus, Arsenal bersedia untuk menambah jumlah itu apabila mahu menandatangani pemain Ukraine tersebut dari mereka.
Arteta mengenali pemain pertahanan City dengan baik. |
Malah, pasukan Mikel Arteta sangat yakin untuk menandatanganinya dan akan mempercepatkan urusan dalam beberapa jam akan datang untuk menyelesaikan perpindahan dengan segera.
Seperti yang berlaku, perbincangan antara Manchester City dan Arsenal berkembang dengan sangat positif, bermakna The Gunners sangat hampir untuk membawa seorang lagi rekrut baru yang bagus pada musim panas ini.
Zinchenko membuat 28 penampilan di bawah Pep Guardiola musim lalu, mengutip lima bantuan dan dua kad kuning