Penjaga gol The Gunners telah lama dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Emirates tetapi perjanjian dengan Fulham masih belum dapat diselesaikan kerana terdapat sedikit perbezaan dalam penilaian.
Penjaga gol Arsenal, Bernd Leno telah berada di puncak perpindahan ke Fulham selama lebih sebulan tetapi dengan masa terus berlalu, pemain antarabangsa Jerman itu masih kekal berada di Emirates.
Leno pernah menjadi pemain nombor satu The Gunners, tetapi kehilangan tempat kepada Aaron Ramsdale selepas ketibaan pemain antarabangsa England itu pada musim panas lalu.
Hasilnya, pemain berusia 30 tahun itu berminat untuk meninggalkan Stadium Emirates bagi meningkatkan peluangnya mewakili Die Mannschaft di Piala Dunia Qatar hujung tahun ini.
Cottagers yang baru dinaikkan pangkat sangat berminat untuk mendapatkan tandatangannya, manakala Leno pula menyukai idea untuk terus kekal di London, menyebabkan langkah itu kelihatan tidak menimbulkan banyak masalah dan dilihat sesuai dengan kedua-dua pihak.
Dengan laporan sebelum ini mengatakan bahawa perpindahan Leno ke Fulham boleh disempurnakan minggu ini, bagaimanapun terdapat kelewatan untuk perkara itu daripada berlaku.
Ini kerana (berpunca) daripada Fulham yang tidak bersetuju dengan harga permintaan Arsenal iaitu sebanyak £11 juta.
Baca: Perjanjian perpindahan Leno ke Fulham boleh diselesaikan minggu ini.
Sebenarnya, jika kita menilai kemampuan dan pengalaman yang dimiliki Leno, harga tersebut sangat berpatutan dan tidak begitu mahal buat mana-mana kelab untuk menandatanganinya.
Namun, tidak bagi Fulham yang merasakan permintaan The Gunners itu terlalu tinggi walaupun Leno memiliki pengalaman di Liga Perdana Inggeris dan antarabangsa.
Sejak ketibaannya di Utara London pada musim panas 2018, penjaga gol itu telah membuat lebih daripada 100 penampilan liga untuk The Gunners.
Sebelum kehadiran Ramsdale, Leno merupakan penjaga gol utama Arsenal. |
Dilaporkan juga sebelum ini bahawa syarat peribadi antara Leno dan Fulham telah pun dipersetujui walaupun itu akan menyaksikan bekas penjaga gol no.1 Arsenal itu hanya akan menikmati prospek bermain bolasepak untuk saingan Liga Perdana Inggeris sahaja.
Halangan itu berpunca daripada keengganan Arsenal untuk berganjak dengan Mikel Arteta dan pihak pengurusan tertinggi The Gunners berdiri teguh dalam penilaian mereka, sesuatu yang tidak selalu dilakukan oleh kelab sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Wojciech Szczesny adalah penjaga gol lulusan akademi yang sangat berbakat untuk Arsenal, yang dibenarkan pergi ke Juventus sebelum kemuncaknya dengan bayaran yang rendah iaitu £13 juta.
Serge Gnabry kini merupakan salah satu aset paling hangat dalam bolasepak dunia, telah menarik minat seteru Arsenal dari Liga Perdana Inggeris iaitu Chelsea untuk menandatanganinya.
Bagaimanapun, The Gunners gagal memperolehi pulangan memuaskan (hasil penjualan) apabila hanya terpaksa berpuas hati dengan £5 juta untuknya, apabila Gnabry menyertai Werder Bremen.
Kedua-dua pemain itu hanya mempunyai satu tahun lagi bersama Arsenal dalam kontrak masing-masing, tetapi sekiranya The Gunners merancang lebih awal, mereka mungkin akan dapat menjana lebih banyak dana untuk duo yang sangat berbakat itu.
Pemain-pemain lain seperti Jack Wilshere, Aaron Ramsey dan Santi Cazorla semuanya dibenarkan pergi secara percuma kerana kecuaian pengurusan kontrak dari pihak tertinggi Arsenal.
Dengan Leno juga hanya tinggal satu tahun lagi dalam perjanjian semasanya, The Gunners tidak berganjak daripada harga yang diminta mereka tanpa mengira fakta bahawa masa semakin suntuk untuk mereka tunaikan.
Sebelum ketibaan Ramsdale, Leno dilihat secara meluas sebagai penjaga gol yang baik dan boleh dipercayai oleh penyokong setia Arsenal dan dia bukanlah salah satu isu paling mendesak di kelab itu.
Bagaimanapun, keupayaannya yang boleh dipersoalkan dengan bola di kakinya menjejaskan peluangnya untuk menjadi pilihan jangka panjang di Emirates, di mata Arteta.
Pada penghujung musim 2012/13, Szczesny bersama Petr Cech (Chelsea) telah dinobatkan pemenang Anugerah Sarung Tangan Emas Liga Perdana, dengan kedua-duanya mengekalkan 16 perlawanan tanpa bolos. |