"Tidak tahu dari mana datangnya" - penafian mengenai minat Arsenal.

Presiden Benfica, Rui Costa berkata dia tidak tahu dari mana datangnya khabar angin yang mengaitkan pemainnya, Alex Grimaldo dengan Arsenal.

Perkara telah berlaku dengan pantas mengenai usaha Arsenal yang dilaporkan mengejar bek kiri Benfica, Alex Grimaldo.

Awal bulan ini, The Gunners mula dikaitkan dengan minat terhadap pemain itu dan kemudian dilaporkan akan bertindak untuk perpindahan itu.

Baru-baru ini, media Inggeris mendakwa Arsenal sudah mula bertindak dengan mengemukakan tawaran untuk perpindahan berlaku.

2 Julai 2022 : Pemain dibawah agensi yang sama dengan Arteta.

Pemain berusia 26 tahun itu menjalani situasi rumit di Eagles berikutan masalah tingkah laku pada penghujung musim lalu.

Itu membawa kepada kemungkinan bahawa dia akan dijual pada musim panas ini dan di tambah dengan fakta dia telah memasuki tahun terakhir kontraknya.

7 Julai 2022 : Perpindahan hanya akan menelan belanja 7.5 juta euro.

Perkembangan itu membawa kepada khabar angin bahawa Benfica sedia menjualnya daripada kehilangan secara percuma.

11 Julai 2022 : Arsenal bakal membuat bidaan untuk menandatangani Grimaldo.

Jadi ketika Benfica menjalani pramusim mereka di England, Presiden Kelab itu, Rui Costa tiba di sesi latihan mereka semalam dan dikelilingi oleh wartawan Portugal.

12 Julai 2022Arsenal buat tawaran terhadap pemain Benfica dengan Grimaldo kini berada di England.

Salah satu soalan yang diajukan kepadanya adalah mengenai situasi Grimaldo dan dia mendakwa pemain itu telah berlatih seperti biasa.

"Saya akan berbincang dengannya sama ada dia ok atau tidak.

"Grimaldo seperti semua pemain lain, dia bekerja dan pada masanya kami akan…,” kata Rui Costa (melalui Mais Futebol).

Seorang wartawan kemudian mencelahnya untuk menyatakan bahawa terdapat tawaran kukuh daripada Arsenal untuk perpindahan itu.

Namun Rui Costa menafikannya dan kemudian mendakwa tidak menyedarinya.

"[Wartawan] Awak dah cakap macam tu. 

"Semua ini bukanlah dari saya. 

"Saya tidak tahu dari mana datangnya."

Terdahulu, Arsenal dilaporkan telah membuat tawaran bernilai €7 juta kepada Benfica untuk mendapatkan khidmat Grimaldo.

Post a Comment

Previous Post Next Post