Belum berakhir, kisah Arthur kembali bersambung.

Arsenal dilaporkan telah menyambung semula perbincangan untuk menandatangani Arthur, dengan beberapa hari seterusnya boleh menjadi hari penting untuk keputusan perpindahan.

The Gunners berada dalam gambaran sekali lagi untuk menandatangani Arthur Melo dari Juventus pada jendela musim panas, menurut TuttoMercatoWeb.

The Gunners berminat untuk menandatangani pemain berusia 25 tahun itu pada jendela Januari dan minat mereka disahkan oleh ejennya. 

Namun, tiada perjanjian yang dibuat dan pemain tengah itu menamatkan kempen lalu bersama kelab Turin itu.

Arsenal kini dilaporkan kembali untuk mendapatkan bekas pemain Barcelona itu dan jalan menuju ke Stadium Emirates telah ‘dipanaskan semula’ dalam beberapa hari yang lalu.

Dikatakan rundingan antara pasukan Serie A dan kelab Utara London itu telah disambung semula, selepas rundingan pada pasaran musim sejuk sebelum ini menemui kegagalan.

Juventus dijadualkan berlepas ke Amerika Syarikat pada Khamis ini dengan pihak Old Lady dan pemain antarabangsa Brazil itu sedang menilai kemungkinan untuk dia kekal di Itali.

Arthur, seperti yang dilaporkan oleh Football Italia sudah pasti disisihkan daripada skuad pramusim Juventus ke Amerika dan itu menguatkan lagi spekulasi mengenai perpindahannya.

Laporan itu menyatakan kedua-dua pihak tidak mahu mengheret rundingan berlanjutan bagi mengelakkan Arthur berlatih sendirian.

Dalam hal ini, TMW menjelaskan beberapa hari akan datang boleh menjadi penting untuk penjualan pemain Brazil itu.

Selain Arsenal, Barcelona juga perlu dipantau sehingga tamat kisah ini dan juga terdapat perbincangan mengenai minat AS Roma, tetapi kemungkinan ini tidak menggembirakan pemain itu. 

Buat masa ini, hanya Arsenal atau Barca untuk Arthur.

Post a Comment

Previous Post Next Post