Pemain The Gunners kecewa kerana gagal berpindah ke Fulham, namun tempat lain menantinya.
Media Itali, Area Napoli membawakan maklumat terkini mengenai situasi penjaga gol Arsenal Bernd Leno, yang telah menarik minat beberapa kelab pada musim panas ini.
Laman web itu mendakwa tiada lagi rahsia bahawa penjaga gol itu mahu meninggalkan The Gunners disebabkan oleh kekurangan masa bermain dan terdapat beberapa kelab yang berminat untuk mendapatkannya.
Fulham adalah salah seorang daripada mereka, seperti yang telah dilaporkan oleh media Inggeris dan Itali.
Pun begitu, sehingga ke hari ini, masih tiada sebarang berita positif mengenai perkara itu.
Laporan itu mendakwa Cottagers memikirkan dengan serius mengenai pembelian dan perpindahan Leno namun, menghadapi masalah untuk melengkapkan perpindahan itu.
Sejak Arsenal bertegas mengenai nilai bayaran untuk Leno pada harga €15 juta, mereka tidak dapat bersetuju dengan perjanjian itu.
Leno dikatakan kecewa dengan perpindahan yang gagal disempurnakan Fulham, tetapi kini mempunyai pilihan lain.
Dikatakan bahawa dia juga mempunyai peminat dari Itali apabila dikaitkan dengan Napoli.
Kelab Itali itu mahu memahami situasi dan kemungkinan mengenai perpindahan itu, kerana mereka telah meminatinya sejak berada di Bundesliga.
Memandangkan kontrak Leno dengan Arsenal akan tamat tahun depan, itulah sebabnya Fulham tidak mahu membayar €15 juta, begitu juga dengan Napoli.
Selain itu, Leicester City juga dilaporkan sedang menimbangkan untuk mendapatkan khidmat Leno.
The Foxes sedang mencari penjaga gol baharu selepas Kasper Schmeichel dilaporkan telah bersetuju dengan perjanjian untuk menyertai kelab Perancis, Nice.
Pun begitu, perpindahan Schmeichel itu bergantung kepada Leicester mendapatkan pengganti terlebih dahulu.
Leno adalah salah satu nama yang sedang dipertimbangkan, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Get French Football News.
Minat Leicester datang sebagai tamparan kepada Fulham, yang telah dikaitkan dengan Leno selama beberapa minggu sebelum kehadiran Napoli.
Skuad The Whites dianggap yakin untuk mendapatkan penjaga gol Jerman itu walaupun sebelum itu dikatakan enggan memenuhi permintaan Arsenal (mengenai bayaran perpindahan).
Namun, Evening Standard melaporkan Arsenal sedia menurunkan harga permintaan mereka kepada £8 juta.
Itu pastinya membuatkan Fulham dan Napoli lebih terbuka untuk bertindak, setelah Leicester mula memerhatikan keadaan Leno.