Flores bercita-cita tinggi.

Pemain muda Arsenal menjelaskan mengenai pilihan perpindahan, keputusan yang dibuat bersama keluarga.

Pemain muda Arsenal, Marcelo Flores telah memperincikan mengapa dia memilih untuk menyertai Real Oviedo secara pinjaman pada musim panas ini.

Flores merupakan antara pemain muda yang mendapat penilaian tinggi dalam akademi Arsenal dan telah disebut-sebutkan untuk mempunyai masa depan yang cerah selama beberapa tahun.

Bagaimanapun pemain berusia 18 tahun itu masih belum menikmati kejayaannya dalam skuad utama The Gunners, walaupun setelah menghabiskan sepenuh masanya di Emirates bermain untuk skuad Bawah 18 dan Bawah 21 tahun setakat ini.

Flores, menyertai akademi Arsenal pada tahun 2019 secara percuma, setelah tiga tahun bersama akademi Ipswich. 

Bagaimanapun, aksi bersama pasukan utama tidak akan ditawarkan di bawah Mikel Arteta musim ini dan dia sebaliknya telah dipinjamkan dengan Real Oviedo.

BACA: Mengapa Flores tinggalkan Arsenal.

Perpindahan itu akan menjadi langkah besar untuk pemain tengah itu, yang akan menukar aksi bolasepak Bawah 21 tahun untuk semusim dalam La Liga2 dengan pasukan utama Sepanyol itu.

Bagi sesetengah orang, pertukaran ke divisyen dua Sepanyol mungkin boleh dipersoalkan tetapi pemain muda Arsenal itu menegaskan dia bercakap mengenai perpindahan itu dengan rakan-rakan dan teruja dengan musim hadapan.

“Lonjakan besar dari satu bolasepak ke bolasepak yang lain, tetapi matlamat saya bercita-cita tinggi,” lapor Diario de Mexico.

“Saya mahu menunjukkan bahawa saya boleh bermain dengan baik dan saya bersedia untuk apa sahaja yang datang.

"Saya akan bekerja keras untuk pasukan dan untuk diri sendiri, untuk menunjukkan apa yang boleh saya lakukan dalam bolasepak.

"Mereka memberitahu saya bahawa Oviedo mahukan saya dan sejak itu, ia adalah keputusan saya dan keluarga saya.

"Saya mempunyai rakan bermain di Sepanyol dan mereka gembira kerana saya memulakan peringkat baharu ini di Oviedo. 

"Mereka memberitahu saya ia adalah liga yang sangat bagus, kedua-dua Primera dan Segunda, dan saya harus menikmatinya dan melakukan apa yang saya tahu.

"Loncatan ke liga ini adalah besar, ini adalah bolasepak profesional dan terdapat banyak pasukan, dan yang sangat bagus, yang pernah berada di Primera, seperti Oviedo.

"Tahapnya adalah sama dan objektif saya adalah untuk bekerja keras sekarang. 

"Saya bersedia untuk bermain, walaupun itu tidak bergantung kepada saya [terpulang kepada pengurus pasukan]."

Marcelo Flores secara sah menyertai kelab Sepanyol itu secara pinjaman, setelah pengumuman rasmi di buat pada laman rasmi Arsenal baru-baru ini.

Marcelo menikmati musim 2021/22 yang berjaya di peringkat akademi, di mana dia membuat 22 penampilan, menjaringkan 11 gol dan mencipta tiga bantuan.

Dia turut mempamerkan persembahan yang mengagumkan untuk membolehkannya mendapat tempat dalam skuad senior pada perlawanan di tempat lawan menentang Crystal Palace, pada awal April tahun ini.

Semoga terus berjaya dan kembali dengan lebih berbisa, mantap!

Post a Comment

Previous Post Next Post