Evolusi kejam Edu bersama Arsenal.

Rancangan Edu dalam membawa Arsenal keluar dari zon selesa dan menjadi pasukan pencabar dengan identiti tersendiri.

Pada 17 Mac 2011, Corinthians mengumumkan bahawa Edu akan mengambil alih daripada William Machado sebagai Pengarah Bolasepak kelab Brazil itu.

Beliau juga membantu pasukan kebangsaan Iran kendalian Carlos Queiroz semasa Piala Dunia FIFA 2014.

Dari 2016 hingga 2019, beliau adalah penyelaras am pasukan kebangsaan Brazil dan dengan pengalaman yang dimiliki Edu itu, dia menjadi calon terbaik untuk dibawa masuk Stadium Emirates bagi membantu pasukan pengurusan baharu The Gunners.

Pada 9 Julai 2019, diumumkan bahawa Edu telah menjadi Pengarah Teknikal Arsenal.

Jawatan yang belum pernah wujud dalam struktur kelab bolasepak Arsenal dan Edu menjadi individu pertama yang memegang jawatan tersebut.

Pada ketika itu, Arsenal juga sedang menjalani penstrukturan semula pada bahagian pengurusan dan ia dilakukan secara menyeluruh dengan memiliki jawatan baharu iaitu Pengarah Bolasepak dan peranan tersebut digalas oleh bekas pengarah Barcelona, Raul Sanllehi.

Apabila Sanllehi diambil sebagai Ketua Perhubungan Bolasepak Arsenal pada November 2017, ia adalah bertujuan untuk membantu (mengetuai) pasukan menjalani proses peralihan selepas tempoh Arsene Wenger berakhir (persediaan).

Pada masa itu, Wenger berada di tahun terakhir perkhidmatannya selama 22 tahun dan pada peringkat itu, tiada sesiapa pun yang mengetahui bahawa ia adalah tahun terakhir pengurus tersebut mengetuai pasukan The Gunners. 

Sebagai persediaan, Ivan Gazidis, Ketua Eksekutif, mahu membantu pengganti Wenger (tidak kira siapa pun yang dipilih) dengan mengumpul pasukan yang boleh meringankan beban, terutamanya apabila melibatkan perpindahan, pengurusan kelab dan pengaruh keseluruhan terhadap organisasi.

Wenger, seperti Sir Alex Ferguson, adalah unik dalam mengawal proses membuat keputusan melibatkan perjalanan kelab. 

Gazidis, melihat masalah yang dialami Manchester United dalam menggantikan Ferguson dan beliau mahu mengelakkan perkara itu terjadi kepada Arsenal.

Ketua Eksekutif Arsenal itu kemudian membentukan pasukan yang dijangka mampu mengelakkan perkara sama terjadi kepada United dengan diketuai Sanllehi yang menjadi individu penting dalam pasukan pengurusan Arsenal ketika itu.

Kedua-dua mereka akan dibantu oleh Sven Mislintat, bekas Ketua Peninjau Borussia Dortmund yang diambil sebagai Ketua Pengambilan Arsenal.

Sanllehi pada mulanya menyertai Arsenal sebagai Ketua Perhubungan Bolasepak, namun dinaikkan pangkat sebagai Ketua Bolasepak selepas pemergian Ketua Pegawai Eksekutif, Ivan Gazidis pada Disember 2018.

Hanya dua tahun selepas Wenger pergi meninggalkan Stadium Emirates dan tanpa penglibatan Mislintat serta Gazidis, Sanllehi akhirnya meninggalkan The Gunners dan kumpulan yang dibentuk oleh bekas Ketua Eksekutif Arsenal itu, meninggalkan Edu untuk mengetuai perkara tersebut.

Wenger berundur sebagai pengurus Arsenal pada penghujung musim 2017/18.

Dengan ketiadaan individu-individu tersebut (Sanlehi dan Mislintat serta Wenger), Edu kini mempunyai kebebasan penuh dalam membuat keputusan dengan dia turut dibantu oleh Vinai Venkatesham sebagai Pengarah Urusan (menggantikan peranan Gazidis).

Raul Sanllehi ketika masih bersama Arsenal dan ketika mengambil Edu, berkata: "Kami sangat teruja bahawa Edu menyertai pasukan. 

"Dia mempunyai pengalaman hebat dan pengetahuan teknikal bolasepak, dan yang paling penting ialah seorang lelaki sejati Arsenal. 

"Dia memahami kelab dan apa yang kami perjuangkan, dan kemahuan berjuta-juta peminat kami di seluruh dunia."

Selepas menamatkan pemerintahan 22 tahun Arsene Wenger di Stadium Emirates dengan membawa masuk Unai Emery, Arsenal gagal mencipta gaya yang boleh dibezakan pada musim pertamanya.

Arsenal sejak itu, bermain tanpa identiti dan Edu mendapati pasukannya tidak yakin dengan diri mereka sendiri. 

Raul Sanllehi bersama Edu sebelum bekas Pengarah Bolasepak Barcelona itu mengundurkan diri dari Arsenal pada 15 Ogos 2020.

Kini, selepas tiga tahun bersama Arsenal dan selepas dua tahun berkuasa, Edu mula menjelaskan rancangannya terhadap Arsenal dengan berusaha untuk mengeluarkan The Gunners dari zon selesa.

Kebelakangan ini, kita dapat menyaksikan Arsenal melakukan rombakan besar-besaran terhadap pasukan utama tanpa belas kasihan dan tidak mempeduli siapakah mereka (pemain), malah dapat disaksikan juga Arsenal telah menamatkan kontrak beberapa pemain utama pasukan. 

Kaya Kayak, seorang penulis sukan yang membuat liputan mengenai Arsenal dan mungkin salah seorang daripada beberapa orang di dunia yang masih memiliki jersi Carl Jenkinson telah mendedahkan rancangan Edu melalui tulisannya di Football London.

Di bawah Mikel Arteta, Arsenal kini dilihat lebih yakin dalam permainan mereka dan mampu kembali menjadi pasukan pencabar serta bersedia untuk berada dikelompok elit Liga Perdana Inggeris.

Walaupun terlepas satu mata untuk menempatkan diri di  Liga Juara-Juara dan mara ke final Liga Europa, kegagalan The Gunners untuk menemui identiti baharu mereka menjadi nadir pada musim berikutnya apabila mereka mendapat tempat kelapan dalam Liga Perdana Inggeris menjelang November. 

Pada ketika itulah Edu memutuskan untuk memulakan strategi baharu, yang telah membawa kelab ke tempat mereka sekarang.

Pada 29 November 2019, berikutan beberapa siri keputusan buruk dan tujuh perlawanan tanpa kemenangan, Emery dipecat oleh Arsenal. Perlawanan terakhirnya sebagai pengurus ialah kekalahan 2–1 di tempat sendiri kepada Eintracht Frankfurt dalam Liga Europa. Dia digantikan secara interim oleh Freddie Ljungberg dan kemudian secara tetap oleh Mikel Arteta.

"Dengan segala hormatnya, rancangan itu bermula apabila kami memutuskan untuk menukar Unai Emery," kata Pengarah Bolasepak Arsenal yang pernah menyarung jersi The Gunners pada era kegemilangan pasukan Utara London ini. 

"Itu adalah perancangan pertama saya, untuk mengadap lembaga pengarah, menjelaskan kepada mereka sebab kenapa kita perlu berubah, sebab kenapa kita mahu menukar arah.

"Idea di sebaliknya, adalah untuk mempunyai jurulatih dengan idea yang sangat jelas. 

"Pelan yang sangat jelas, struktur yang sangat jelas - bagaimana dia mahu bermain. 

"Dan daripada itu, kita akan membina sesuatu bersama-sama.

"Kami perlu benar-benar berani untuk membuat keputusan pada pertengahan musim. 

"Individu dalaman berkata kepada saya: 'wow, kita tidak pernah melakukannya sebelum ini. Kita pernah melakukannya dahulu, lama dahulu'. 

"Saya berkata tiada masalah, tetapi jika anda sudah mendiagnosis itu bukan rancangan kita, berubahlah secepat mungkin. 

"Jika tidak, anda akan menangguhkan, tangguh dan tangguhkan. 

"Dalam bolasepak, kadang-kadang keputusan itu perlu dibuat dengan cepat. 

"Sakit, mencabar...tetapi ia perlu dilakukan."

Strategi yang jelas inilah yang telah membawa Edu kepada Mikel Arteta

Sepanjang proses temu duga yang panjang dengan beberapa calon, kejelasan idea pengendali kelahiran Sepanyol itu menyebabkan dia (Arteta) mendapat jawatan itu.

Edu teruja dan yakin dengan perancangan Arteta terhadap bolasepak dan pasukan Arsenal.

Walaupun pemain muda tidak semestinya berada di barisan hadapan dalam rancangan Arteta semasa temu bual itu, namun sejak ketibaannya pada Disember 2019, Arsenal telah menyaksikan perubahan skuad yang belum pernah berlaku sebelum ini, dengan kira-kira 40 pemain pergi (keluar) dan 25 pemain masuk. 

Ini telah menurunkan purata umur skuad daripada 26.5 apabila Arteta mengambil alih kepada hanya 24.5 pada permulaan musim lalu. 

Bagi Edu, evolusi kejam ini telah menjadi bahagian penting dalam revolusinya di Utara London.

"Bagi saya ada tiga elemen yang dalam peranan saya, saya perlu benar-benar bersedia untuk menjadi kuat dalam menyampaikan mesej kepada pemain," katanya. 

"Apabila pemain berusia 26 tahun lebih, [dengan] gaji besar dan dia gagal menyerlah [prestasi teruk], dia membunuh anda kerana pemain seperti itu, anda tidak mempunyai nilai untuk menjualnya. 

"Pemain itu selesa dengan tanggapan - Arsenal, London, cantik, semuanya hebat dan gaji besar [lumayan]. 

"Bagaimana anda memindahkan [menjual] pemain seperti ini?

"Jadi berapa ramai pemain dengan ciri-ciri seperti itu yang kita ada pada masa lalu? 

"80 peratus daripada skuad, itulah sebabnya saya berkata kepada [lembaga pengarah] apabila saya membuat rancangan saya: tuan-tuan, bukan mudah untuk membersihkan skuad dengan segera kerana kebanyakan pemain mempunyai kontrak 2-3-4 tahun. 

"Kita perlukan strategi, kita perlu cuba mengubah keadaan."

Skuad Arsenal musim lalu (2021/22).

Setelah mengemas kini demografi skuad, langkah seterusnya dalam rancangan Edu untuk Arsenal ialah mengubah mentaliti di sekeliling kelab. 

Musim lalu The Gunners terlepas aksi Liga Juara-Juara pada hari terakhir musim Liga Perdana Inggeris, walaupun telah mendahului empat mata ke atas Tottenham, dengan hanya baki empat perlawanan lagi.

Edu mengakui bahawa menamatkan saingan dalam kelompok empat teratas adalah mendahului jadualnya untuk Arsenal.

Beliau merasakan bahawa faktor psikologi menghalang mereka daripada mengatasi jangkaan itu akhirnya.

"Jika kami mendapat Liga Juara-Juara musim lepas, kami akan maju satu tahun [ke hadapan] dalam projek itu," katanya. 

"Dalam detik-detik seperti itu, kita akan bermain perlawanan penting, tekanan, kami perlu memenangi perlawanan untuk berada di Liga Juara-Juara.

"Anda memerlukan skuad dengan... 'Saya mahu membunuh seseorang.' 

"Anda tahu? Saya tidak mengatakan kami tidak mempunyai skuad [yang bagus], tetapi kami memerlukan skuad yang lebih besar dengan personaliti.

"Dengan beberapa sifat pemain yang mengatakan, 'Saya tidak akan kalah dalam perlawanan itu. Saya akan membunuh seseorang tetapi saya tidak akan kalah.

Arsenal cuba menangani perkara itu dengan membawa masuk pemain seperti Gabriel Jesus, Fabio Vieira dan Oleksandr Zinchenko khususnya pada musim panas ini. 

Arsenal memenangi Trofi Florida selepas menewaskan Chelsea 4-0, baru-baru ini.

Edu mengakui bahawa mentaliti ketiga-tiga mereka itu yang dipertimbangkan mula-mula sekali, apabila membuat keputusan sama ada untuk menambah mereka ke dalam skuad dan berharap ini akan menular bukan sahaja kepada pemain lain, tetapi secara keseluruhan di seluruh kelab.

"Saya fikir kami telah menambah beberapa lagi pemain dengan watak seperti itu," katanya. 

"Bercakap dengan Gabriel, bercakap dengan Zinchenko, bercakap dengan Fabio. [Jari menunjuk ke kepala - fikiran dan mentaliti] Inilah kemenangannya. Ah, Liga Juara-Juara, ok — saya terima itu, kerana saya mahu realistik. 

"Tetapi di sini [kepala], saya mahu menang. 

"Kelab seperti Arsenal, pada saiz kami, bukan dibina untuk bersaing bagi tempat keempat. Saya minta maaf.

"Kita perlu realistik - ada City, Liverpool dan lain-lain - itu tidak mengapa, saya memahami itu. 

"Tetapi, anda juga tidak boleh menerimanya. 

"Di sini, apabila anda menyertai kelab ini, apabila anda melihat saiz kami, kita tidak boleh menerimanya.

"Itulah sebabnya saya benar-benar terluka apabila saya tiba. 

"Saya berkata, 'Itu bukan mentaliti kelab bolasepak ini. 

"Apa yang berlaku? Semua orang selesa, semua orang ok, ok, ok…' 

"F*** you, “ok”! “ Ok"?! 

"Tidak, saya tidak mahu kalah dalam perlawanan! Kita mesti bangkit dan menang.

"Dan saya mahu melihat ahli fisio, saya mahu melihat pemantau [scout], saya mahu melihat semua orang dengan perasaan seperti itu, di mana anda berkata, "Sial, sekarang kita akan benar-benar pergi untuk sesuatu". 

"Dan saya rasa kami sedang berubah. 

"Sekali lagi, ia tidak berlaku dalam sekelip mata, tetapi saya fikir kami sedang berubah dan meletakkan mentaliti yang baik dalam skuad. Perwatakan."

Peralihan itu nampaknya sudah berlaku dengan kita dapat menyaksikannya baru-baru ini dalam aksi persahabatan, ketika Gabriel Jesus ditolak ke tanah oleh Yerry Mina, pemain Brazil itu mendapat pujian daripada Arteta kerana segera bangkit untuk membalas. 

Edu dan Arteta menyukai personaliti 'melawan' yang ada pada Jesus.

Mentaliti itu nampaknya menular kepada skuad kerana Eddie Nketiah, yang biasanya lemah lembut telah dilayangkan kad kuning kerana menghalang Jorginho daripada melakukan sepakan percuma pantas.

Manakala Nuno Tavares dilihat berdiri teguh ketika Reece James menyerangnya pada separuh masa kedua perlawanan, aksi yang sepatutnya menjadi perlawanan persahabatan pramusim menentang Chelsea.

Sudah tentu, dengan proses panjang (lama dan memakan masa) dan berubah-ubah seperti yang Arsenal cuba laksanakan di Stadium Emirates, tidak semuanya berjalan seperti yang dirancang. 

Walaupun beberapa pembelian yang bijak telah membantu mengubah pasukan, penjualan pemain yang menguntungkan lebih sukar diperolehi.

Musim panas lalu, satu-satunya bayaran besar yang dapat diambil oleh The Gunners untuk mana-mana pemain mereka ialah £25 juta yang mereka perolehi untuk Joe Willock dari Newcastle.

Manakala musim panas sebelum perpindahan itu, £20 juta Emi Martinez ke Aston Villa adalah satu-satunya kemasukan tunai yang mereka dapat hasilkan daripada perpindahan. 

Terdapat faktor pengurangan dalam rekod buruk ini dengan pandemik COVID-19 telah memusnahkan kuasa kewangan banyak pasukan di benua itu, manakala isu disiplin telah memaksa pemain tertentu dilepaskan secara tergesa-gesa.

Hasrat Arsenal untuk menukar skuad dengan cepat tanpa ketiadaan pembeli yang sesuai telah menyaksikan mereka menamatkan kontrak Sokratis, Shkodran Mustafi, Sead Kolasinac, Henrikh Mkhitaryan, Mesut Ozil dan Pierre-Emerick Aubameyang dan ada kemungkinan lebih ramai lagi akan menyusul musim panas ini. 

Perpindahan Aubameyang ke Barcelona penuh dengan kontroversi.

Bagi Edu, ini adalah pengorbanan yang perlu dilakukan untuk mengelakkan sebarang gangguan dalam projek itu daripada berjalan seperti yang dirancangkan.

"Jika anda bayangkan, 'Oh, tiada masalah: musim ini kami akan mendedahkan pemain itu sedikit lagi dan kemudian kami menjualnya' - tidak, perlu bersikap realistik," katanya. 

"Anda tidak mahu menjual pemain itu [tetapi anda perlu] cuba mengelak satu tahun lagi dengan masalah di dalam, di bilik persalinan, mahal, tidak beraksi. 

"Bersihkan ia, keluarkan [lepaskan saja]. 

"Malah, saya minta maaf, kalau kena bayar. 

"Pergi lebih baik. Sebab pemain tu juga kadang-kadang menghalang seseorang.

"Keluar ia. 

"Saya tahu ia menyakitkan, saya tahu ia pelik apabila saya pergi ke lembaga pengarah dan berkata, 'Kadang-kadang lebih baik membayar pemain untuk pergi, daripada mengekalkan mereka,' tetapi saya menganggapnya sebagai pelaburan. 

"Kadang-kadang orang berkata, 'Ia mahal' saya katakan, 'tidak, itu pelaburan'.

"Tetapi ada ke orang akan membayar jika anda menjual? 

"Tidak, kawan-kawan. Jika pemain itu berusia lebih 26, 27 tahun dan tidak berprestasi, gaji besar, tiada peluang [untuk menjualnya]."

Walaupun terdapat penamatan kontrak selanjutnya, ini adalah sesuatu yang dilihat oleh Edu sebagai dasar jangka pendek semata-mata sehingga dia menempatkan skuad Arsenal di tempat yang dia mahukan. 

Dia menerima bahawa penjualan adalah bahagian penting dalam memastikan kemampanan pasukan bolasepak dan mensasarkan untuk menggerakkan Arsenal ke arah kedudukan yang lebih baik.

Sedangkan sebelum kumpulan itu dipenuhi pemain berusia lebih 25 tahun dengan kontrak besar yang lebih sukar untuk dijual, Edu kini merasakan dia semakin menghampiri kumpulan di mana Arsenal mampu mengawal nilai pemain mereka dalam pasaran perpindahan.

Itu juga adalah bertujuan untuk memastikan mereka dapat meletakkan pelan penggantian selepas pemain besar itu pergi meninggalkan Stadium Emirates.

"Beritahu saya berapa ramai pemain dalam skuad yang kita ada dengan ciri-ciri itu (lebih 25 tahun dalam kontrak besar) hari ini," katanya. 

"Saya boleh beritahu anda pada musim panas akan datang (kami tidak akan mempunyai ramai). 

"Lihatlah penilaian pemain yang kami ada, umur kumpulan apa yang kami ada, dan gaji yang kami ada hari ini. 

"Sekarang, sebagai sebahagian daripada rancangan itu, kami mencipta nilai dalam pemain kami hari ini. 

"Semua skuad ini hari ini, adalah kerana saya tidak mahu menghadapi situasi itu berulang berkali-kali lagi.

"Sekarang jika seseorang mahu [membeli], katakan, Gabriel — ok, datang ke sini. Tiada masalah.

"Sebahagian daripada rancangannya ialah apabila anda mula menjual pemain, itulah yang mencabar," tambahnya. 

"Anda sudah tentu memerlukan seseorang yang bersedia [pengganti]. Jika kami boleh menjual dan kami mampu melakukannya, dan kemudian urusan perjanjian. Ia sangat mencabar.

"Sebagai contoh, mari kita bercakap tentang musim depan atau yang lain.

"Jika kita menjual, saya tidak tahu [mungkin], Bukayo Saka - itu tidak akan berlaku tetapi ia hanya satu contoh.

"Jika kita akan menjual Bukayo Saka, kita sebagai sebuah kelab perlu menyediakan penggantinya dengan segera. 

"Jadi seseorang perlu berada dalam skuad atau kami perlu menguruskan pasaran dengan baik.

"Jika kami menjual, kami perlu mempunyai pemain tersedia.

"Kami mempunyai seseorang yang terus bersedia untuk menggantikannya dalam model kami."

Kini, boleh dikatakan rancangan Edu semakin hampir untuk membuahkan hasil setelah dia mensasarkan pelan pembangunan tersebut untuk tempoh lima tahun.

Tiga tahun telah berlalu, sejak beliau mengusahakan rancangan tersebut dan kita kini dapat melihat perubahan yang ingin dibawakan Edu itu.

"Saya memberi rancangan lima tahun kepada kelab. 

"Saya berkata kepada Mikel dan kepada lembaga pengarah: 'Kawan-kawan, 2022/23 akan menjadi musim kita dan akan menjadi lebih baik. 

"Kita perlu bersabar... Ia adalah mustahil untuk mengeluarkan semua orang dan memasukkan semua orang, kita memerlukan proses untuk melakukannya.

Apa yang dapat kita simpulkan daripada penjelasan Edu dalam perancangannya terhadap Arsenal, adalah:

  • Tiada lagi pemain muda dengan gaji besar dan selesa walaupun tidak menyerlah berada bersama Arsenal.
  • Arsenal akan bermain dan mempunyai identiti.

  • Memiliki pemain dengan mentaliti menang dan melawan serta tidak mudah selesa.
  • Nilai pemain (pasaran) yang mampu dikawal Arsenal - mudah untuk menjual dengan mampu menjana keutungan.
  • Memiliki pemain sandaran yang bersedia untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan pemain utama yang dilepaskan (dijual).

Secara keseluruhannya, kita selaku peminat dan penyokong Arsenal harus yakin dengan perancangan Edu dan Arteta yang mana pengurus The Gunners itu pernah mengatakan "Trust the Process".

Post a Comment

Previous Post Next Post