Pemain pertahanan Arsenal menerima tawaran dan pendekatan namun hanya memikirkan tentang satu langkah dan pelamar mengambil langkah yang betul.
Hector Bellerin tetap dengan pendirianya dan hanya memberi tumpuan untuk kembali ke Real Betis, walaupun menerima minat dan pendekatan daripada beberapa kelab lain.
Itu menurut Estadio Deportivo, yang membuat liputan mengenai potensi untuk pemain pertahanan itu kembali ke kelab Sepanyol tersebut pada musim panas ini.
Bellerin menghabiskan musim lalu secara pinjaman bersama Betis, membuktikan dirinya sebagai pemain utama di bawah Manuel Pellegrini ketika mereka memenangi Copa del Rey.
Beliau dan Betis berminat untuk membuat perjanjian pinjamannya bertukar menjadi perpindahan tetap, tetapi kewangan adalah sukar untuk Betis pada masa ini dan itu menyebabkan Bellerin kembali ke Arsenal untuk pra-musim.
Estadio menjelaskan bahawa Bellerin menerima tawaran dan pendekatan daripada beberapa kelab lain, termasuk Villarreal, tetapi dia hanya memikirkan tentang kembali ke Betis.
Oleh itu, walaupun terdapat pasukan yang bersedia menawarkan wang kepada Arsenal untuk menandatanganinya, namun tiada satu pun berada atau tiba di atas meja The Gunners kerana Bellerin telah menjelaskan keutamaannya.
Dan dengan itu, ianya telah menghentikan segala kemungkinan 'peperangan' akan berlaku di kalangan mereka yang berminat untuk membida pemain pertahanan The Gunners berusia 27 tahun itu.
Bellerin tetap dengan keputusannya untuk kembali ke kelab Sepanyol yang diwakilinya musim lalu. |
Bellerin menunggu masa depannya diselesaikan dengan sabar, tetapi ia kini dihalang oleh tuntutan ekonomi yang dikenakan Arsenal, yang pada mulanya menuntut €10 juta.
Itulah angka Villarreal sanggup membayarnya dalam usaha mereka menandatangani Bellerin.
Bagaimanapun, The Gunners kini dilaporkan telah menurunkan harga permintaan mereka kepada €4 juta dan meminta Betis untuk membayar jumlah itu dalam rundingan terbaru kedua-dua pihak.
Namun, Betis tahu kelebihan ada dipihak mereka dan cuba mengambil kesempatan demi kepentingan mereka dengan menekan Arsenal.
Ini kerana mereka tahu bahawa Bellerin hanya mahu menyertai mereka, mengabaikan tawaran yang sanggup dipenuhi oleh seteru La Liga mereka, Villareal.
Pengarah Sukan mereka, Antonio Cordon, bagaimanapun telah mengakui secara dalaman bahawa urusan menandatangani Bellerín adalah pilihan yang sukar.
Mereka kini berusaha untuk membawanya kembali ke kelab pada harga kurang daripada €4 juta, jumlah yang dipinta yang Arsenal.
Jelas mereka ingin mengambil kesempatan daripada fakta bahawa tiada persaingan dan perebutan untuknya.
Mereka percaya bahawa mereka telah mengambil langkah yang tepat untuk menandatangani Bellerin secara kekal, tetapi ia adalah rundingan yang mungkin memakan masa dan berlarutan sepanjang jendela musim panas ini.