Perpindahan Jesus ke Arsenal diejek di Amerika Selatan.

Arsenal telah mengumumkan pemain No.9 baharu namun perkara itu tidak disenangi pundit apabila berkata pemain baharu The Gunners itu telah menyertai ‘kelab kecil’.

Perpindahan Gabriel Jesus dari Manchester City ke Arsenal pada musim panas ini telah mendapat liputan hangat oleh media Brazil. 

Sebaik sahaja perpindahan itu diselesaikan, terdapat banyak cerita yang merangkumi apa yang diharapkan daripada penyerang itu di London, ketika dia berjuang untuk menonjol menjelang Piala Dunia Qatar.

Walau bagaimanapun, di sebalik keterujaan dari banyak pihak, kita kini melihat penyampai TV Rede Bandeirantes (TV Band) Neto, salah seorang hos paling berpengaruh dalam media bolasepak Brazil, mengejek langkah itu.

Dia mendakwa Gabriel Jesus berpindah ke kelab kecil, dengan membuat perbandingan Arsenal dengan kelab bukan dari liga utama Brazil.

Malah Neto turut berkata bahawa Jesus kini mungkin terlepas peluang untuk mendapat tempat dalam skuad kebangsaan Brazil bagi kejohanan Piala Dunia hujung tahun ini.

Arsenal menandatangani bintang Man City, Gabriel Jesus dalam perpindahan £45 juta ketika The Gunners memperolehi No.9 baharu mereka.

Pakar (pundit) itu turut membandingkan pemain baharu The Gunners dengan Gabigol, mendakwa bintang Flamengo itu telah menunjukkan lebih banyak sumbangan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

"Saya melihat Gabriel Jesus pergi ke Arsenal. 

"Kelab kecil... kelab kecil. Portuguesa Santista lebih besar daripada Arsenal. 

"Arsenal menang apa dalam tempoh lima tahun lepas?" soal Neto.

"Kemudian Gabriel Jesus, yang berjaya di Palmeiras, lima tahun di Manchester City, dua tahun tanpa menjaringkan gol untuk pasukan kebangsaan Brazil, adakah anda fikir dia layak ke Piala Dunia? 

"Atau Gabigol? Siapa yang lebih hebat bermain bola? 

"Siapa yang menjaringkan lebih banyak gol dalam masa lima tahun ini?

Gabriel Barbosa Almeida, biasanya dikenali sebagai Gabigol atau Gabi, ialah pemain bolasepak profesional Brazil yang bermain sebagai penyerang untuk Flamengo dan pasukan kebangsaan Brazil.

Nota* 

Associacao Atletica Portuguesa, biasanya dirujuk sebagai Portuguesa Santista, sebuah kelab bolasepak profesional yang berpangkalan di Santos, Sao Paulo, Brazil. 

Pasukan ini bersaing di Campeonato Paulista Serie A2, peringkat kedua liga bolasepak negeri Sao Paulo.

Gabigol merupakan lulusan akademi Santos dan dia telah membuat penampilan sulung profesionalnya pada usia 16 tahun dan membuat lebih 200 penampilan untuk kelab itu di semua pertandingan. 

Bermain untuk Flamengo sejak 2019, dia dengan cepat menjadi pemain kegemaran peminat, selepas menjaringkan dua gol pada minit akhir Final Copa Libertadores 2019.

Tidak dapat dinafikan bahawa Gabriel Jesus jelas mempunyai masa yang sukar bersama pasukan kebangsaan Brazil, selepas gagal menjaringkan gol pada Piala Dunia 2018 dan itu diulangi pada Copa America 2021. 

Bagaimanapun, dia masih dipanggil oleh pengurus Tite dan permulaan baru di Arsenal boleh membantu dia menjamin tempatnya di Qatar tahun ini.

Manakala, Neto pula jelas sekali bukan peminat Arsenal - tidak tahu apa-apa mengenai The Gunners.

Neto

Jose Ferreira Neto, biasanya dikenali sebagai Craque Neto atau ringkasnya Neto, ialah bekas pemain bolasepak profesional Brazil dan kini menjadi penyampai dan penyiar sukan.

Dia telah bekerja untuk Bandeirantes TV sejak tahun 1999 dan kini menjadi pengulas dan pundit di Os Donos da Bola.

Gabriel Jesus dilaporkan telah menandatangani perjanjian lima tahun dengan The Gunners, yang membawanya kekal hingga musim panas 2027.

Post a Comment

Previous Post Next Post