Leno tidak mahu hanya menantikan kontraknya berakhir.

Kebarangkalian perpindahan adalah 75% dengan bekas No. 1 The Gunners mahu bermain dan bukan menunggu kontrak berakhir.

Penjaga gol Arsenal, Bernd Leno mempunyai 75% peluang untuk meninggalkan Stadium Emirates pada musim panas ini, dengan Fulham berminat untuk membuat perjanjian.

Demikian menurut SportBILD, yang mengatakan penjaga gol Jerman itu perlu meninggalkan Arsenal pada musim panas ini bagi memastikan peluangnya untuk beraksi di Piala Dunia di Qatar terjamin.

Leno mendapati dirinya sebagai pemain nombor dua di bawah Mikel Arteta musim lalu selepas ketibaan Aaron Ramsdale, yang dengan cepat memantapkan dirinya sebagai pemain nombor satu setelah tampil dalam beberapa siri persembahan mengagumkan.

Itu membawa kepada banyak laporan bahawa Leno akan meninggalkan Arsenal pada musim panas ini untuk mencari masa bermain secara tetap yang diinginkannya.

Leno mahu peluangnya beraksi di Piala Dunia sentiasa terbuka.

SportBILD menerima kenyataan itu, dengan menyatakan bahawa Leno mahu bermain semula dan tidak mahu menunggu kontraknya berakhir, dengan hanya duduk memanaskan bangku simpanan.

Leno hanya boleh berharap untuk menjadi sebahagian daripada skuad Piala Dunia Jerman akhir tahun ini jika dia mendapat minit permainan secara tetap dan dihubungi oleh Hansi Flick serta pasukannya mengenai situasi itu.

Oleh itu, dia perlu mencari sendiri kelab baharu di mana dia akan menjadi pemain nombor satu yang tidak boleh dipertikaikan, dan Fulham berminat dalam perjanjian untuk menandatanganinya.

Tidak disebutkan tuntutan Arsenal atau sama ada Fulham akan memenuhinya, cuma mereka adalah pihak yang berminat.

Akhbar itu, bagaimanapun menengaskan 'kebarangkalian perpindahan adalah 75 peratus' pada penghujungnya, mencadangkan bahawa apa yang mereka pasti adalah Leno akan berpindah ke suatu tempat pada musim panas ini.

Ini turut disokong dengan Arsenal juga telah menandatangani seorang lagi penjaga gol baharu, Matt Turner.

Post a Comment

Previous Post Next Post