Dua sumber mendakwa Arsenal dalam perbincangan untuk menandatangani Arthur.

Struktur perjanjian dilaporkan memihak kepada The Gunners.

Arsenal gagal dalam usaha mereka untuk menandatangani Arthur Melo pada jendela Januari, tetapi ia tidak menghalang The Gunners daripada membuat satu lagi percubaan musim panas ini.

Pada hari Isnin, TuttoMercatoWeb melaporkan The Gunners telah menyambung semula perbincangan dengan Juventus untuk pemain berusia 25 tahun itu.

Kemudian, Calciomercato melaporkan pasukan Serie A itu juga telah berbincang dengan Arsenal untuk Gabriel Magalhaes.

Juventus mempunyai minat tinggi terhadap pemain Brazil itu, untuk menggantikan Matthijs de Ligt, yang telah mengesahkan perpindahannya ke Bayern Munich. 

Dakwaan ini disokong oleh wartawan Itali, Marcello Chirico dan dia telah memberitahu TMW Radio bahawa Gabriel adalah sasaran alternatif untuk Juventus. 

Malah wartawan itu turut menjelaskan bahawa pilihan utama pihak Old Lady adalah untuk menandatangani bintang Torino, Gleison Bremer

Juventus mensasarkan Gleison Bremer, namun sekiranya gagal, mereka berminat untuk menandatangani Gabriel Magalhaes.

Chirico seterusnya menyatakan Arsenal sedang berbincang dengan Old Lady mengenai Arthur dan minat The Gunners untuk mendapatkan pemain tengah Juventus itu turut dibincangkan oleh Tutto Juve

Laporan mereka dengan tajuk yang menyatakan Arsenal 'kembali mengetuk pintu Juventus' untuk pemain tengah itu. 

Dalam laporan itu, dikatakan kedua-dua kelab telah mengadakan perbincangan mengenai masa depan pemain tersebut.

Juventus boleh merundingkan pemergian pemain Amerika Selatan itu dengan langkah pinjaman pada mulanya, dengan pilihan membeli ditetapkan sekitar €30 juta.

Dengan Juve menyediakan syarat untuk membiarkan pemain itu pergi, Arsenal pula sedang mempertimbangkan sama ada mahu membuat langkah untuk menandatanganni Arthur pada jendela yang sedang berlangsung ini.

Secara rasmi, Arthur tidak akan menyertai skuad Juventus ke Amerika Syarikat kerana kecederaan, tetapi ada yang mencadangkan bahawa ianya adalah sebahagian daripada rancangan Old Lady untuk masa depan kelab tanpa melibatkan pemain Brazil itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post