Gabriel Jesus keliru dengan pemain Everton, Yerry Mina kerana 'menyerangnya dan bercakap kotor'.

“Saya tidak tahu kenapa…” – Bintang Arsenal memberi respon terhadap tindakan pemain Everton, dahulunya sangat rapat.

Selepas mencatatkan dua kemenangan dalam dua aksi persahabatan sebelum ini, Arsenal meneruskan aksi cemerlang apabila merekodkan kemenangan ketiga pada siri jelajah Amerika Syarikat, dengan menewaskan Everton 2-0.

Pemain No.9 baharu Arsenal, Gabriel Jesus menjaringkan gol menarik sebelum Bukayo Saka menjaringkan gol kedua pasukan tiga minit kemudian.

Walaupun ianya adalah perlawanan persahabatan dan lebih kepada untuk mencari rentak keserasian pasukan, baik Arsenal mahupun Everton, namun terdapat insiden yang tidak menyenangkan terjadi pada perlawanan tersebut.

Keputusan perlawanan persahabatan antara Arsenal menentang Everton.

Dilaporkan bahawa Gabriel Jesus telah dikecam oleh pemain Everton semasa perlawanan tersebut dan bintang baharu Arsenal itu bagaimanapun mengakui, bahawa dia tidak tahu kenapa dan mengapa dia diserang oleh Yerry Mina.

Punca kejadian itu tidak jelas kepada mereka yang menonton, dengan tiada apa yang berlaku selain daripada pertembungan biasa sepanjang perlawanan bolasepak.

Dan nampaknya Jesus juga turut sama bingung dengan situasi itu, mengakui kepada media di tanah airnya selepas perlawanan bahawa dia tidak tahu apa yang menyebabkan Mina menyerangnya.

"Saya bermain dengan Yerry Mina sebelum ini di Palmeiras dan kami sangat rapat," katanya kepada TNT Sports.

"Kemudian, selepas itu, saya tidak tahu mengapa dia mula menyerang saya untuk melakukan sesuatu seperti ini [menunjuk] di dada saya dan kemudian bercakap sial.

"Saya tidak tahu mengapa atau apa motifnya.

"Saya bukan budak-budak lagi dan saya [pergi] terus kepadanya juga. 

"Selepas itu kami [meneruskan aksi] permainan dan itu sahaja."

Gabriel Jesus dan Yerry Mina beraksi ketika Arsenal menewaskan Everton 2-0 di Baltimore

Post a Comment

Previous Post Next Post