Perpindahan saat akhir musim panas buat Arsenal?

Arsenal mungkin perlu menunggu untuk menandatangani sasaran terbaharu dan mungkin hanya akan menyelesaikan perjanjian di saat akhir jendela perpindahan.

PSV Eindhoven tidak mahu menjual Cody Gakpo dalam masa terdekat, walaupun terdapat laporan baru mengenai minat daripada Arsenal.

Demikian menurut Eindhovens Dagblad, yang disampaikan oleh SoccerNieuws, mengatakan PSV mahu mengekalkan penyerang itu untuk aksi kelayakan Liga Juara-Juara akan datang.

Gakpo telah dikaitkan dengan perpindahan keluar dari PSV sepanjang musim panas selepas tampil dengan mengagumkan musim lalu, memainkan peranan utama di dalam dan diluar negara.

Dia banyak dikaitkan dengan beberapa pasukan Liga Perdana Inggeris, termasuk Arsenal yang dipercayai melihatnya awal tahun ini dan telah meneruskannya sehingga musim panas.

Laporan terbaru di England sekali lagi mengaitkan mereka dengan perpindahan, tetapi Eindhovens Dagblad berkata PSV tidak berminat dalam urusan penjualan pemain itu.

Mereka mengatakan bahawa PSV 'tidak mahu menjalankan urusan perniagaan pada masa ini' kerana mereka mempunyai perlawanan kelayakan pusingan ketiga Liga Juara-Juara untuk dipertimbangkan.

Yang pertama, menentang Monaco yang dijadualkan pada 2 Ogos ditempat lawan sebelum beraksi di laman sendiri pada 9 Ogos.

Mereka mahukan Gakpo berada dalam skuad untuk memberi mereka peluang yang lebih besar untuk layak.

Akhbar itu mengesahkan bahawa terdapat 'minat dari banyak kelab' terhadap Gakpo namun mereka  tidak menamakan Arsenal secara khusus.

Walaupun The Gunners masih berminat, namun nampaknya perjanjian tidak akan berlaku dalam masa terdekat, bermakna dia mungkin menjadi nama untuk diawasi pada penghujung jendela perpindahan.

Post a Comment

Previous Post Next Post