Kelab membuat hubungan baru semalam untuk pemain Arsenal

Pemain Arsenal boleh meninggalkan Stadium Emirates dengan harga hampir €10 juta.

Kembali ke Arsenal dari tempoh pinjaman bersama Fiorentina tanpa berjaya melengkapkan perpindahan tetap yang diharapkan, Lucas Torreira terpaksa mengambil sedikit masa untuk menunggu perpindahan musim panas ini.

Dengan jendela perpindahan masih jauh untuk ditutup, pemain Uruguay itu bagaimanapun tahu bahawa dia tidak mempunyai masa depan bersama The Gunners yang dikendalikan oleh Mikel Arteta, jadi dia sedang mencari sesuatu yang lain, ditempat lain.

Perpindahan ke Itali kelihatan tinggi dalam senarai keinginan pemain tengah Arsenal itu, setelah cemerlang di sana pada masa lalu bersama Sampdoria dan terbaru ketika mewakili Fiorentina.

Namun kini, sebuah lagi kelab Itali dilaporkan berminat untuk menandatanganinya dan itu adalah AS Roma.

Terdapat desas-desus mengenai dia akan pergi ke Valencia, tetapi cerita tentang keinginan untuk bekerja dengan Jose Mourinho juga muncul, dengan perkara itu hangat diperkatakan pada hari Jumaat.

Calciomercato melaporkan bahawa terdapat hubungan baru semalam antara pemain dan pihak Roma, di mana pasukan Serie A itu mahu memahami situasi sebenar dalam bertindak untuk mendapatkannya.

Namun, Roma jelas sepenuhnya bahawa mereka juga perlu menyingkirkan salah seorang pemain semasa mereka terlebih dahulu untuk menjayakannya.

Kepercayaan ialah, dengan hanya tinggal setahun lagi baki kontraknya bersama Arsenal, Torreira boleh meninggalkan The Gunners untuk tawaran hampir €10 juta.

Malah ketika Arsenal mengumumkan barisan ataupun skuad untuk perlawanan persahabatan menentang Orlando City pada semalam, ketidakhadiran Lucas Torreira merupakan sesuatu yang tidak dapat dijelaskan.

Namun menurut Arsenal442, mereka melaporkan bahawa pemain itu sebenarnya sudah meninggalkan kem latihan Arsenal dalam beberapa hari sebelum itu (perlawanan menentang Orlando City).

Torreira dilaporkan telah pergi ke Itali untuk menangani beberapa perkara peribadi, walaupun Arsenal442 tidak mengesahkan bahawa itu berkaitan dengan perpindahan yang akan berlaku.

Post a Comment

Previous Post Next Post