Kisah perpindahan Bellerin jadi bahan jenaka.

Pemain Arsenal benar-benar mahukan perpindahan dan menjadi bahan lawak dengan dana awam (crowdfunding) dibuat bagi menrealisasikan perpindahan musim panas.

Penyerang Real Betis, Borja Iglesias bergurau bahawa dia merancang untuk memulakan skim crowdfunding untuk membawa Hector Bellerin dari Arsenal kembali ke kelab itu.

Pemain pertahanan The Gunners itu menghabiskan musim lalu secara pinjaman bersama kelab Sepanyol tersebut, dengan Arsenal membenarkan dia pergi setelah gagal berada dalam rancangan Mikel Arteta.

Bellerin akhirnya menjadi bintang menyerlah bersama pasukan Real Betis dan berjaya mengukuhkan dirinya sebagai pemain utama di bawah Manuel Pellegrini serta memenangi Copa del Rey.

Mereka berminat untuk membawanya kembali pada musim panas ini secara tetap tetapi masih belum berbuat demikian kerana faktor kewangan kelab yang menyukarkan mereka.

Dana mereka terhad pada musim panas ini dan pada masa ini, permintaan Arsenal terlalu tinggi untuk mereka bergerak.

Harapannya ialah mereka dapat menurunkan permintaan The Gunners tetapi Iglesias mungkin mempunyai rancangan berbeza.

Borja Iglesias menerangkan sebab mengapa Hector Bellerin begitu penting di Betis.

"Ya, saya rindukan Hector Bellerin," katanya kepada Estadio Deportivo.

"Saya sedang berfikir untuk melakukan crowdfunding, apa yang kami katakan ia adalah untuk kami lakukan bagi mendapatkannya kembali. 

"Saya menamatkan sesi latihan dan rakan-rakan yang lain bertanya kepada saya sama ada Hector akan kembali atau tidak.

"Dan mereka memberitahu saya bahawa mereka memulakan tabung khas di sini untuk mengumpul wang.

"Hector Bellerin benar-benar mahu kembali. 

"Dia selalu bercakap mengenai kemahuannya untuk bermain disini, setelah dia terlalu lama berada bersama Arsenal. 

"Ia adalah situasi yang rumit kerana dia mempunyai kontrak. 

"Saya selalu mengatakannya. 

"Saya harap dia berada di sini secepat mungkin kerana dia memberi kami banyak perkara di dalam dan di luar bilik persalinan."

Dengan pemain Betis itu mendedahkan kepentingan Bellerin kepada mereka dan keingginan pertahanan The Gunners itu sendiri untuk kembali ke Sepanyol, boleh dikatakan masa depannya di Stadium Emirates mungkin akan berakhir tidak lama lagi.

Pun begitu, menjadi persoalan juga mengenai pasukan mana yang akan memiliki Bellerin akhirnya (walaupun Bellerin mahukan Betis).

3 kemungkinan destinasi Hector Bellerin.

Pemain pertahanan dan bek sayap Arsenal ini pernah dipanggil untuk Kejohanan Eropah 2016 bersama Sepanyol.

Dia mempunyai pasaran yang baik di Sepanyol, di mana tempoh pinjamannya di Betis telah menarik minat beberapa pihak. 

Tetapi Bellerin juga mempunyai pasaran yang bagus di Itali dimana, daripada tiga pasukan yang paling berkemungkinan untuk menandatanganinya, dua daripadanya adalah dari negara tersebut.

1. Real Betis (Sepanyol): Bellerin sememangnya mahu kembali ke Real Betis dan kelab itu juga mahukan Bellerin kembali. Itulah sebabnya Betis bermula di petak pertama untuk menandatanganinya. Pemain itu pasti mengenali kelab dan bilik persalinan dengan baik. Itu menjelaskan bahawa dia tidak memerlukan tempoh penyesuaian.

2. Roma (Itali): Jose Mourinho dilaporkan mahu mendapatkan khidmat Bellerin namun pemain pertahanan The Gunners ini masih berkeras untuk memilih Betis setelah menolak tawaran kelab Itali itu.

3. Fiorentina (Itali): Pasukan ini menganggap Bellerin sebagai pengganti yang mungkin untuk Odriozola, yang akan kembali ke Real Madrid selepas dipinjamkan selama dua musim di Fiorentina. Pemain Sepanyol itu akan mempunyai kebebasan untuk mengambil alih pemilikan. Masalahnya terletak pada peringkat Eropah. Fiorentina, tidak seperti Betis dan Roma, tidak akan menyertai pertandingan Eropah musim depan.

Tatu baharu Bellerin yang menunjukkan kaitan dengan Real Betis.

Post a Comment

Previous Post Next Post