Magalhaes tonton perlawanan bersama peminat dengan tiket biasa.

Pemain pertahanan Arsenal mendedahkan dia menghadiri perlawanan dan menonton aksi kelab zaman kanak-kanaknya.

Media Brazil, Globo Esporte minggu ini mempunyai laporan mengenai pertahanan Arsenal, Gabriel Magalhaes yang menceritakan kisah menarik tentang percutiannya di Brazil baru-baru ini.

Pemain itu mendedahkan bahawa minggu lalu, semasa di Sao Paulo, dia menyaksikan pertembungan Corinthians menentang Boca Juniors di peringkat kalah mati Copa Libertadores.

Jelas sekali ianya bukanlah sesuatu yang pelik untuk melihat pemain menonton (menyaksikan) perlawanan bolasepak di stadium, tetapi perincian yang menarik di sini ialah Magalhaes pergi sebagai peminat biasa, menyaksikan perlawanan itu dengan tiket dan tempat duduk biasa.

"Saya sedang bercuti di Brazil dan ia bertepatan dengan tarikh pusingan 16 Libertadores. 

"Saya mengambil peluang untuk mengimbau nostalgia menonton perlawanan sebagai peminat dan berada bersama kumpulan penyokong yang teratur, untuk mengingati zaman kanak-kanak saya ," kata Gabriel Magalhaes kepada Globo Esporte.

Gabriel Magalhaes bergambar ketika menyaksikan perlawanan Corinthians lwn Boca Juniors

Pemain pertahanan itu mengimbas kembali detik dan saat di mana Corinthians beraksi di saingan kedua tertinggi liga Brazil, pada 2008 dan menjelaskan dia mengikuti kelab itu dengan rapat pada ketika itu.

"Saya sentiasa suka pergi ke stadium ketika saya masih muda dan setiap perlawanan saya meminta ayah saya untuk membawa saya. 

"Dia sentiasa berusaha untuk kami dapat pergi ke perlawanan itu, kebanyakannya berada di Pacaembu."

Gabriel Magalhaes ketika ini sudah pun menjalani persiapan pramusim Arsenal bersama rakan-rakan senegara Brazilnya seperti Gabriel Martinelli, Gabriel Jesus dan Marquinhos.

'Pasukan Brazil' Arsenal.

Agak menarik untuk melihat pemain pertahanan itu menunjukkan sokongannya kepada Corinthians seperti ini, kerana itu pasti akan memihak kepadanya apabila dia memutuskan untuk kembali ke Brazil suatu hari nanti.

Dan sekiranya dia memutuskan untuk meninggalkan Arsenal, kita semua kini tahu di manakah destinasi seterusnya Magalhaes akan berada.

Untuk rekod, Magalhaes memulakan karier awal bolasepaknya bersama kelab Avai di Brazil bermula tahun 2012, di mana dia menyertai pasukan itu pada peringkat remaja.

Selepas itu, pada tahun 2017, dia berpindah ke Perancis untuk menyertai Lille sebelum membuat keputusan untuk menjadi The Gunners pada 1 September 2020.

Post a Comment

Previous Post Next Post