Media Mexico hentam Arsenal dan Arteta.

Marah dan berang terhadap Arsenal kerana tidak membenarkan pemain menyertai pasukan kebangsaan, karier antarabangsa mungkin terjejas.

Pemain muda Arsenal, Marcelo Flores sentiasa menjadi perhatian media Amerika Latin terutamanya selepas dia membuat penampilan bersama skuad kebangsaan Mexico.

Kali terakhir Flores membuat penampilan bersama pasukan utama Mexico adalah pada bulan lalu, yang menyaksikan dia terlepas peluang menjaringkan gol, setelah gagal menyempurnakan sepakan penalti.

Pun begitu ia tidak menghalang ketua jurulatih negara itu Gerardo Martino untuk terus menyenaraikan dan menggunakan khidmat pemain muda Arsenal itu.

Dan sejak itu, media Mexico sentiasa memberi tumpuan dalam laporan mereka mengenai Flores, pemain muda berusia 18 yang berjaya mewakili skuad utama (senior) kebangsaan negara tersebut dan kini mereka mempunyai sebab untuk marah kepada Arsenal.

Minggu lau, The Gunners telah mengumumkan skuad 33 pemain yang berlepas ke Amerika Syarikat untuk siri jelajah pramusim, bagaimanapun Flores ditinggalkan oleh pengurus Mikel Arteta.

Ini mencetuskan kemarahan media Mexico selepas Arsenal menghalang pemain itu daripada menyertai skuad B20 Mexico, yang akan beraksi dalam Kejohanan CONCACAF B20, untuk menentukan tempat ke Piala Dunia Remaja.

Arsenal telah menggunakan persiapan pramusim sebagai alasan untuk menyekat pemain muda itu daripada menyertai skuad B20 Mexico.

Pasukan kebangsaan B20 Mexico akhirnya mengalami kempen buruk, yang menyebabkan ramai orang di persekutuan mereka dipecat, setelah terkandas diperingkat suku akhir (tewas dalam penentuan penalti 2-1 kepada Guatemala B20).

Dan media tempatan menganggap bahawa Flores adalah salah seorang pemain yang boleh membantu mereka untuk merangkul tempat dalam kejohanan itu.

Memandangkan laman sesawang La Opinion merangkumi situasi itu, mereka tertanya-tanya sama ada rentetan kejadian itu, adakah Flores masih mempunyai peluang untuk bermain mewakili Mexico sekali lagi.

Mereka turut membangkitkan isu pemain muda yang dibawa Mikel Arteta,  Reuell Walters, seolah-olah kecewa mengapa pemain muda kelahiran Kanada yang mewakili Mexico itu tidak dibawa ke Amerika Syarikat, sedangkan Walter yang pernah bermain untuk England Bawah 18 tahun dibawa sama.

Media Mexico dengki le tu pasal Mikel Arteta bawa sekali Reuell Walters ke Amerika Syarikat.

Begitu juga dengan penjaga gol, Bernd Leno dibawa bersama, walaupun dikatakan bahawa pemain tersebut bakal melengkapkan perpindahan ke Fulham.

Apa yang pasti, pihak media Mexico terlalu mengikut perasaan dan mungkin juga mereka sedang mencari alasan untuk menutup kegagalan layak ke Piala Dunia Remaja buat Mexico.

Post a Comment

Previous Post Next Post